Kerana Dia Perempuan...Aku Lelaki

11:08 PM at 11:08 PM

Dan Kami wajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau- dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
(surah Luqman : 14,15)

Saban tahun kita khususnya anak-anak menyambut 1 hari yg dinamakan hari ibu bagi meraikan jasa-jasa pengorbanan seorang ibu….ibu…hanya 3 huruf dan sangat simple untuk dipanggil …tapi sedarkah kita di sebalik nama yg simple itu tersimpan seribu jerih payah, kesusahan, kesedihan, hati yang tercalar, jiwa yang pasrah dan rasa yang dipendam di sanubari hanya untuk membeli senyuman suami dan juga anak-anak…asal orang lain bahagia dia sanggup derita….itulah perempuan yang semua manusia di dunia ini ada..mungkin berkhilaf panggilannya…ibu….mak…mama…umi dan sebagainya tapi hakikatnya tetap satu..seorang ibu….melalui prosuder yang sangat payah untuk menempa title ibu…demi nyawa seorang anak,untuk kebanggaan seorang ayah ibu sanggup mengambil risiko melahirkan anak.memberi diri pilihan untuk mati @ hidup..tapi pilihan untuk mati belum cukup untuk menewaskan rasa kasih sayang seorang ibu untuk mengandung dan melahirkan anak…..

Seusia sehari kita dipangku, dibelai, dimanjai, disusu, dididik, dan didodoi ibu…tugas yang hanya mampu dilakukan oleh satu makhluk yang lemah fizikalnya kental jiwanya..tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu dari melihat anaknya membesar dengan sihat di depan matanya…menjadi orang yang berguna pada agama dan juga bangsa..

Sebelum kedatangan islam makhluk yang bernama hawa hanyalah satu barang yang tiada nilai..kegemilangan islam mula mula mengangkat darjat seorang perempuan 3 kali lebih dari seorang lelaki sehingga banyak dalil dari al-Quran, hadith-hadith yang mewajibkan manusia untuk terus berlaku taat kepada ibu, ibu,ibu dan seterusnya bapa…sepertimana Allah berfirman Allah SWT di dalam al Quran :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya” (al Ankabut : 8)

Ayat di atas Allah mewasiatkan kepada manusia supaya menghormati kedua ibu bapa dan taat segala perintah mereka kecualilah perintah itu bertentangan dengan ajaran islam…malangnya hari ini dapat kita lihat antara petanda dunia sudah uzur anak menjadi tuan bagi ibu bapanya…sepak terajang ibu bapa hampir saban hari kita lihat dan dengar…ibu hanya pada nama…

Firman Allah SWT di dalam kitab agungNya…:

“….maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada perkataan yang mulia…”(al Isra’ ayat 23)

Jika mengatakan “ah” sudah memadai untuk menempah murka Allah apatah lagi sepak terajang, maki hamun seorang anak terhadap ibu bapanya…nauzubillah…

Untuk anak-anak yang masih mempunyai ibu di dunia ini pungutlah kembali kasih sayang yang telah hilang dan gembirakanlah dia sebagaimana dia tak pernah membiarkan kita sedih sedari kecil sementara ibu kita masih mempunyai baki nafas di dunia ini….yang pasti keredhaan Allah itu akan hilang bersama kemurkaan ibubapa…..terima kasih ibu…thanks 4 everythings…hanya kerana engkau perempuan …..aku lelaki…

By : anak….

2 comments:

orked said...

bila baca artikel nie...trus rindu kat mak ayah...huhuhuhu...nak balik kg...

amu mejie said...

insyaAllah qien..de ms cuti tu balik2 la kg..bertuah la de dekat kan ngn mak(^_^)...


~syurga di telapak kaki ibu~