Ku Tunggu Jandamu

11:03 PM at 11:03 PM

Haaa laju jerk klik kalo kena tajuk ni…haha..sesapa yg terklik kt sini mesti nk taw kan nape aku taruk tajuk ku tunggu jandamu..kih2….bkn aku tunggu janda sesapa la…iskh…insyaAllah x la…Cuma aku tertarik ngan tajuk ni sbb bebaru ni aku der dgr ada artis seberang kuar lagu baru. tajuk ni la…ku tunggu jandamu ni…gelak guling aku dgr..kang kuar lak la pasni artis gegurl a.k.a fomfren nyanyi ku tunggu dudamu..nyanyi kuat2 dgr dek isteri jiran kang dia lak nyanyi lagu “kamu tunggu sepakku dulu”…hihi….sbnrnyer aku tertarik nk berkongsi sedikit sebanyak ngn kengkorang mengenai tajuk “Perkahwinan Dalam Islam” ni….mudahan mengubah sedikit sebanyak presepsi kengkorang tentang sebuah institusi perkahwinan ni yg di dalamnya terkandung seribu rahmat dan kebahagiaan…..ya Rabb

Seperti yg selalu kita dgr dari ustaz-ustaz…tok khatib dok khutbah…mak jiran dok citer perkahwinan ni adalah satu keperluan hidup manusia yang mesti dipenuhi n menjadi satu kemestian dan kewajipan la bagi umat Nabi Muhammad S.A.W yg telah cukup syarat-syaratnya agar terselamat dari terjerumus ke lembah kehinaan cam maksiat dll la…yg cukup syarat je taw..x cukup sifat tp cukup syarat haa boleh gak..dun wory…cinta tu rabun jauh..kih2..

Mm cm yg kita sedia taw tujuan sebenar perkahwinan ni bukanlah semata-mata untuk memuaskan nafsu jerk…n bukan sekadar nk pelepas sangap jerk bak kata mat rempit.bahkan perkahwinan ni lebih dari tu…perkahwinan ni berkisar tentang tanggungjawab seorang suami,pengorbanan seorang isteri n banyak sangat la hikmah yg terkandung d sebalik pensyariatan perkahwinan ni..(wah..ni yg den berkobar2 ni)..kih2…
Tp sayang…..ramai di kalangan kita yg berkahwin hari ini tak sedar maksud,tujuan sebenar perkahwinan ni…yg taw.. “alahai omak..kawenkan aku”..itu jer taw..haa ni aku nk emosi sama la ni..hehe….

Haa…meh den nk kobar..kalo kita nak pastikan perkahwinan kita ni jadi satu ibadah, satu sunnah Rasulullah S.A.W yg boleh bwk kita ke jalan ketakwaan, ketaatan yg xde belah bahagi pada Allah SWT ni so kita kena taw la tujuan n hikmah perkahwinan ni..orang gila pon diciptakan ada hikmah kan..mngkin kalo dia x gila orang lain lak gila tengok dia..hihi..jadi aku nk citer la cikit sebanyak hikmah2nya……

Pertama2…perkahwinan ni adalah satu penghubung pd kita untuk mendekatkan diri pada Allah SWT ni…jd setiap perbuatan kita ni kan mesti ler kena ada tulus ikhlas n mengharap keredhaan Allah semata..mengelakkn kita jugak dari maksiat n dekat dgn Allah..sedey jgk la kan banyak sgt rini kita leh tgk ank yatim piano…kalo yatim piatu ada mak ayah tp meninggal slh sorg..yatim piano ni lain ckit...lahir mak je ada(tu pon nasib la kalo mak dia x buang dia kt kandang kambeng)… bapak lak lari ar pe lagi…nauzubillah..rs cam nk hempuk je bapak dia ngn piano tuh…

Balik semula bab td..kita lupakan jap kes bapakku sazali tuh…bab perkahwinan ni mendekatkan dirri pada Allah…Rasulullah ada bersabda :

“maksudnya :Dua rakaat solat yang dilakukan oleh orang yang telah berkahwin lebih afdhal daripada tujuh puluh rakaat yang didirikan oleh orang bujang.” (riwayat Abu Hurairah r.a) (hadits riwayat Ibn Adi)

Besar kan fadhilat ibadah orang dah kawen ni…sbb bilamana seseorang tuh kawen dia akan merasai kelapangan pemikiran..hati tetap, jiwa pasak dalam nk wat urusan ibadah ni.baru sedap nak gembleng kekuatan pasak keilmuan ni.sbb tuntutan batinnya telah dipenuhi dan disalurkan di jalan yg halal…kalo barang letrik kira yg dicop sirim la…sah la.beribadah ati pon senang sbb syaitan ni mmg selalu dorong kita2 ni melakukankan maksiat n dosa..kalo kita dah kawen syaitan plak la yg sangap..kih2..

Ehem…sebagai seorang yg bergelar suami plak..ehem…(akulah suami itu..pasan)..hihi…kita akan menempuh pelbagai ujian dlm mencari sesuap rezeki yg halal ataupon dlm ertikata lain bg nafkah la tuk anak2..mak anak..kalo dapat jns mata pound sterling tebal cikit la nafkahnyer…nauzubillah….kalo dpt isteri cam tuh selalu la sebut dpn isteri yerk.. “aku kan suami”(baca versi iklan digi)..he…kalo jenis x phm jugak selalu ingatkn dia size kasut anda…3 kali sari yerk.insyaAllah dia x demand sgt nnti…hehe…aku main2 jer..kang mrh lak fomfren kt aku…Haa…untuk suami jgn gusar2 lor…setiap nafkah yg kita(eceh kita lak) beri pada isteri dikira sebagai ibadat jgk n dpt ganjarannya…sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud

“sesungguhnya apa jua nafkah yang engkau berikan dengan harapan memperolehi keredhaan Allah SWT,pasti engkau akan mendapat pahalanya bahkan apa jua yang engkau suapkan ke mulut isterimu”…(hadith riwayat Bukhari wal Muslim)

sesiapa yang membiayai penghidupannya sendiri tanpa meminta sedekah, itu adalah sedekah dan sesiapa yang membiayai anak, isteri dan ahli keluargnya juga adalah sedekah.” (hadits riwayat At Tabrani)

Nampak kan cantiknyer islam ni..wat itu pahala wat ini pahala..tp ingat..jgn berharap pada syurga..dia pon makhluk..tp pohonlah keredhaan Allah yerk..Ehem…..so..chaiyok2 suami..gembleng nafkah,pasak duit bulan kasi kt isteri2..(wah suka la kaum deme)….

Besar skop ibadah sebenarnya….setiap menda yg kita wat asalkan bertunjangkan keikhlasan pada Allah SWT insyaAllah akn dikira pahala n diterima sebagai ibadah..cmtuh gak kalo kawen ikhlas kerana Allah SWT..bahkan Rasulullah SAW ada menyatakan dlm satu hadits mengenai orang yang dah berkawen tu sempurna separuh agamanya

Maksudnya : “apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya.oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi.” (hadits riwayat Al Baihaqi)

Ibn Abbas ada berkata gak : “hendaklah kamu beristeri kerana sehari kamu hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah”….

Besar hikmah perkahwinan ni yerk…..pas baca jgn lak terus tipon mak nk kawen..he..
Td yg pertama kan…yg kedua2nya plak perkahwinan ni memelihara maruah diri dari wat perkara-perkara maksiat ni…aiyork dosa lor…ssh zmn skrang nk cari ank dara ..hmm..dah jd cam trend dah skrg…kalo msh ada dara dikira aib la lam zmn serba canggih ni..aku pon x phm la kengkadang…sepatah kwn aku de kata ..skarang ni baik nikah janda,dah compem janda..nikah ank dara belum tentu daranya..kalo kwn aku leh ckp cmtuh mmg kritikal la..he..iskh2…x sian ker kat suami dorang sok kalo dapat yg second hand…bayar harga baru…barang second…bab harga ni nk je aku bahas panjang2…mana taknya..anak stok lulus UPSR je pon kat seploh hibu..

wohoo…alasan barang naik…gas naik…sok aku suh anak dia msk pakai dapur arang baru taw..hihi…mcm la kalo dia taruk seploh hibu barang kt pasaran leh jadi murah…aku beli tomato 5 hengget dia pon 5 hengget gak..x phm laa…ni yg wat perkahwinan jd susah.sampai ada wat pinjaman sana sini sbb nk kawen jerk..kalo anak lawa cam siti nurhaliza tu x kisah la sgt..ni ala2 siti nurhalipan pon bapak demandnye..tu blom yg balik oversea bwk degree lagi..mau terkoyak poket ayah.(ni yg jns ayah sponsor la)..hihi…kalo seploh hibu la kan…mau seploh kali ghaya aku x bwk balik umah pak mertua…repeat balik la..sapa soh mata pound sterling…kalo mata L.E ok la gak…hehe…(acah jerk)….ampunkan sazali bapak..Jd……untuk memelihara maruah diri dari wat menda2 parpu maksiat ni perkahwinan ni lah jalan terbaik.bagi masyarakat yg tak menjadikan syariat perkahwinan ni satu jalan penyelesaian dalam nk menyelesaikan permasalahan social yg kian mengganas skang ni ataupon dok wat payah org nak menikah tunggu la akibat yg maha dasyat mcm yg jd skang ni cam jenayah zina n bercambah2 ank yatim piano ni…banyak sgt dalil2 yg menggalakkan kita untuk kawen….Rasulullah ada bersabda di dlm satu hadits..

Maksudnya : “wahai golongan pemuda!...barangsiapa di kalangan kamu yang telah mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin itu akan lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu adalah pelindung baginya.” (hadith riwayat Bukhari wal Muslim)

Imam Al Qurtubi ada berkata : “ orang bujang yang sudah mampu berkahwin dan takut diri dan agamanya menjadi rosak sedangkan tiada jalan lain untuk menyelamatkan dirinya melainkan dengan jalan berkahwin , maka tidak ada perselisihan pendapat tentang wajibnya dia berkahwin. Jika nafsunya yang mendesak sedangkan dia tidak mampu membelanjai isterinya, maka Allah akan melapangkan rezekinya”..

Haa…sapa yg rasa dah takleh tahan nafsu dia..dan dia mampu, kawin la..kdg kita ni gak yg wat susah..dah pak mertua kasi murah pikir panjang lg…xleh tumpu study la..susah komitmen jd isteri la..ada isteri kwn aku dulu nyaris tak nak kawen sbb kawan2 dia racun pemikiran kawen waktu study ni begitu begini.padahal kawan dia tu pon bukan janda.ank dara jugak.mungkin mak dia x kasi dia kawen.dia pon x mau tgk kawan dia kawen kot..sok susah cari ahli bet baru..iskh x baiknyer su’u zhon yerk..tp cam terer je komen orang dah kawen..he..mana punya teori kaduk ntah dia kawan dia pakai..

nasib la Allah dah buka ati isteri kwn aku tuh..kawen jugak..kdg tuh kita piker jauh sgt,menda 40 taun akn dtg nuh dah siap mikir..bkn x leh plan…tp pada2 gak la… pikir rezeki la…sok ada anak susah la..x cukup makan la...pampers anak pon sekeping bape dah skang…ish2...mcm la rezki tu dia yg tentu…orang kafir pon Allah x penah lupa kasi makan..lg plak kita ni muslim…tiap anak yg lahir tuh ada dah bahagian rezki dia…dah tertulis pon…kalo kita mati pon anak tu tetap bleh makan sebab dah termaktub rezki, jodoh maut dia..isteri dah tertulis rezki dia..kita pon ada rezki kita sendiri..lahir anak pon dah ada rezki dia…jadi…sekarang 3 rezki berkongsi bawah satu bumbung..kan cantik perancangan Allah tuh.tu kalo 3,kalo anak seploh sorang bini, kali 4 isteri waaa….melimpah ruah rejki tuh..tp sah2 bini x stuju..bunyi pon ckup la sekodar..he...nikah je taw..sandaran ngan tuhan xde…jd cmtuh la….ni kira aku kata kat aku sekali la….huhu

Yg ketiga lak…..perkahwinan ni dapat memenuhi tuntutan fitrah semulajadi manusia..perkahwinan ni kan satu menda fitrah semulajadi manusia..yg tengah baca ni x ngaku fitrah saje sgt la..kalo x xkn nk baca..he…..perkahwinan ni seumpama fitrah kita makan minum rehat n sebagainya la yg mesti dipenuhi n mesti ada..setinggi mana pon darjat manusia disisi Allah SWT ni tidak lepas jgk menunaikan fitrah perkahwinan ni..contohnya..Nabi kita Saidina Muhammad S.A.W juga kawen dan ada zuriat..kisah Adam dan Hawa pon dah memadai untuk membuktikan hakikat fitrah ni..bahkan kita tengok balik kisah pembunuhan yg pertama berlaku dimuka bumi ni,antara Qabil dan Habil juga de kaitan dengan tuntutan fitrah semulajadi manusia…kita jugak kena ingat tanpa perkahwinan masakan kita wujud pada hari ini sebagai hamba dan jugak khalifah Allah SWT….

Keempat lak…..perkahwinan ni membolehkan naluri seksual disalurkan ke tempat yang halal...naluri seks ni atau keinginan kat spesies berlainan jantina ni adalah satu anugerah yg memang sape pon xleh nafi…orang buta pon ada anak ye x…naluri ni dianugerahkan kepada semua makhluk yang hidup di muka bumi ini demi menjamin kelansungan generasi makhluk terdahulu…kalo xde kat sume pakat x kenal kambeng la kita skang..sbb pupus la kalo deme ni x de nafsu.. kambeng pon de gak nafsu.. petah lagi manusia yg ensem dari encik kambeng itu…tp kena ingat taw..encik kambeng kalo berbuat baik macam mana pon tetap xkan jd manusia cthnya cam g antar kuih pada jiran2, sapu sampah halaman umah kita dan lain2 lagi kebaikan yg dibuat2 oleh beliau….tp kita manusia kalo wat jahat bleh jadi lebih hina dari encik kambeng tersebut…sekadar renungan encik perangai kambeng..

Naluri ni tuan-tuan..cewah..cam dr ismail thamby jerk…naluri seks ni tuan-tuan dan fuan-fuan merupakan naluri yang paling kuat dan keras menuntut jalan keluar. Sekiranya jalan keluar tidak ditemui dan disekat, ia boleh mengganggu emosi dan fikiran.akibatnya mendorong manusia itu menjadi lebih hina dari encik kambeng tadi dgn berbuat maksiat yg mana encik kambeng pon taktaw ape makna maksiat tu….

Jadi dengan perkahwinan kita dapat menyalurkan naluri seks ke jalan yang betul dan diredhai oleh Allah SWT… jiwa,emosi dan fikiran kita pon jd lebih terkawal dan berkembang dengan sihat.mata pon x lebam dok tengok anak dara orang..menundukkan pandangan dari tengok menda2 haram…xkisah la tunduk pandangan sebab bini cubit ker..bini ugut suh tido luar ker..iskh nauzubillah…asalkan ada sbb untuk dia elak tengok menda haram ni…..haaa…betul la kan..bila kawen ada bini..ada bini adalah cubit..ada cubit xdelah tengok lagi menda haram…teori tuh…he…plak tuh..perasaan orang yang dah berkahwin ni tenang setenang air d kali..cewah…sebab dapat menikmati sesuatu yang dihalalkan oleh agama.

Firman Allah SWT : “ Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, Dia menciptakan bagi kamu pasangan dari dirimu sendiri agar kamu hidup tenang bersamanya, cinta kasih sesama kamu.Sesungguhnya yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kamu yang berfikir.”…-Ar Rum-ayat 21

Yg kelima lak…perkahwinan ni adalah jalan terbaik untuk menjaga keturunan..x kisah la keturunan jebat ke hang buah ker..menjaga kemuliaan keturunan adalah satu perkara yg amat dituntut oleh agama.sebab tu islam menyarankan kepada penganutnya cam kita ni supaya memilih pasangan masing-masing dari kalangan orang-orang yg baik keturunannya.awal2 permulaan dalam menentukan pilihan isteri atau suami pon islam dah bagi garis panduan….molek sungguh…xde istilah memilih cam orang selalu cakap “mak aih..muka sendiri pecah kawah pon hang milih lg noh”…kita diciptakan dengan pilihan..ada neraka..ada syurga..ada baik ada buruk…so pilih la…sebab nk kawen ni bkn sari dua…kalo boleh bercerai mati la bak kata pak meon…perkahwinan ni seumur hidup sekali(bagi fomfren la, laki 4 kali)ngeh2…perlu untuk kita memilih rahim yg baik tuk kita semaikan benih supaya anak2 yg lahir sok xde la perangai cam puaka nyang rapik.pilih rahim yang baik yerk…bukan tersalah pilih encik rahim yg gebu jd bini…skang ni encik rahim jd rahimah pon banyak..mm cmtuh gak sebaliknya kaum prompren ni…kena pilih baik2…jgn main bedal jerk…bunyi pon “yela dari xde”..demi kelansungan generasi akan datang perlu pilih….

nak pastikan pokok subur pon kena cari tanah yg baik kan…ni plak tanam zuriat…nanti xdelah dgr cam lam melodi zass tu nangis meratap dpt laki x sedar diri..jns stok wat keja x ingat neraka lnsung. Selalu jwpn artis..well..xde jodoh kan..ceit…islam dah gariskan awl2 lg xnak dgr…lari sekulah g audition…ringkasnya kemuliaan keturunan merupakan satu perkara yg amat dititik beratkan oleh agama…jadi dengan perkahwinan ni la kita leh jadikan sempadan diri dari terjebak dengan maksiat yg mana dgn maksiat tuh boleh menghasilkan ank luar nikah…bkn luar negeri…luar nikah diulangi….keturunan yang berasal daripada jalan yang tidak halal…kira jalan yg x sah la..xde cop sirim kadi…keturunan tu akan meneruskan tradisi kejahatan bapak dia bahkan lebih teruk daripada tuh..bak kata pepatah “ayah kencing berdiri, anak kencing berlari, cucu lari berganti-ganti,cicit lari 400 meter berpagar”…sepatah kata nabil….ar lu pikir la sendiri…Keenam lak….perkahwinan ni dapat menjamin kesihatan individu dan masyarakat…kalo laki dpt lelah sbb bini berleter tuh lain la…x masuk pon under tajuk ni…tp ok per…isteri kan insan lemah..dia pon penat wat itu wat ini jd xde tempat nak luahkan penat dia tuh…nk tumbuk dinding x larat..jd dia nk bebel la jap..ala…suami pon zass jela…layan jela yerk…kalo x benti2 beleter…cuba beleter balik kat dia…kalo boleh dgn nada yg tggi ckit…kang dia stop la..hihi…xdelah aku gurau jerk…berbalik pada perkahwinan menjamin kesihatan individu dan masyarakat td..perkahwinan boleh mencegah seseorang tu dari wat zina yg boleh mengakibatkan pelbagai pnyakit kronik cam AIDS, siflis, muflis la pela….orang yg melakukan zina ni juga akan mengalami masalah kesihatan mental, rohani dan jasmani n bleh wat jiwa kacau,resah gelisah dan x tenteram kerana dihantui rasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

ada 7 golongan manusia,ALLAH tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan ALLAH berfirman kepada mereka : “masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.” 7 golongan tersebut ialah :

1-orang yang melakukan homoseks
2-orang yang melakukan kahwin tangan a.k.a onani
3-orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang
4-orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur(liwat)
5-orang yang berkahwin antara ibu dan anak
6-orang yang berzina dengan isteri jirannya
7-orang yang menggangu jirannya.”
(riwayat At Tabrani)\

Rasulullah S.A.W ada bersabda lagi maksudnya :

apabila kejahatan berlaku ke atas sesuatu kaum secara terang-terangan, kaum itu pasti akan ditimpa bala dan wabak iaitu penyakit yang belum terjadi kepada kaum yang terdahulu.”

Nah….natijahnya skarang kita boleh lihat adanya penyakit2 yg dulu x de lam kamus doktor2 ni..skang dah ada…nauzubillahi min zalik……

Ketujuh lak….yg ni menyentuh naluri kebapaan aku sikit…eceh…doa la…perkahwinan mencetuskan naluri keibubapaan dan kasih sayang terhadap anak-anak..semua da taw kan..pas kawen jek mesti nak der anak..kadang x sempat pikir pon tetiba bini ngadu dah pening..bwekkk sana bwekk sini….ngandung daaa..bakal dpt zuriat.tu x sempat pikir tuh..he...berkaitan dengan tu..akan timbul lah nanti rasa kasih sayang terhadap zuriat yang bakal dilahirkan tu…dari zuriat dalam perut lagi dah timbul kasihkan anak..

sampai ada kes bakal ayah ni sanggup g Alexandria a.k.a iskandariah g beli mcD sbb isteri ngidam…g beli bkn sbb bini nk makan, tapi sbb bini bgtaw ank lam perut yg order..kalo isteri x ngandung dok manja nk makan mcD,suh laki g beli agak2 nk g x??...hehe…umah lak jauh…jwpannya mesti la pergi…cewah…yeye o jerk…tp awal2 kawen jela yerk…kih2…pastu sendiri mau hengat la…hehehehe…..nak jugak bleh…tp mcDOLAH jela..wiwiwi…bila dah ada zuriat plak kasih sayang antara suami isteri akan bertambah dari hari ke hari..suami akan merasakan dirinya bertanggjawab melindungi kluarganya dan mulalah menggembleng nafkah untuk membesarkan anak2 dan mak anak di atas landasan agama supaya jd anak soleh dan solehah……p/s..setakat nama soleh je x kira ank soleh yerk…

Ke lapang bak kata orang ganu….perkahwinan ni bertujuan mendapat zuriat yang halal.dengan berkahwin ni la kita dapat menghasilkan zuriat dengan kehendak Allah la..zuriat yang halal sebagai pewaris kepada generasi akan datang dan sebagai satu bentuk rezki daripada Allah SWT. Zuriat yang soleh solehah dah tentu menjadi idaman bagi setiap insan terutama bagi pasangan yg berkahwin.sbb yg blum kawen ni berangan je la lebey…huahua…agar anak2 yang dilahirkan membantu mereka ketika berada di satu alam yang tidak bermanfaat lagi Mercedes,BMW,pangkat Dato’ Datin,Dr, PM,anak2 yang berlori2..melainkan dengan doa dan amalan soleh yang dilakukan masa bernafas dulu dan kebaikan2 anak-anak mereka. Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya : “apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara :sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (hadith riwayat Muslim)

Allah SWT berfirman : maksudnya “Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik, maka mengapakah kamu beriman kepada yang batil,” (An Nahl, ayat 72)

Dan Rasulullah S.A.W ada bersabda lagi maksudnya : “Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan, maka sesungguhnya aku berbangga apabila melihat umatku paling ramai jumlahnya pada hari kiamat.” (hadith riwayat Al Baihaqi)


Haa…berdasarkan pada firman Allah SWT td….dengan hadith2 daripada Nabi kita bleh lihat betapa islam tu cukup jaga dari segala segi….dari mula nk kawen…soal nk memilih soal nk meminang soal dah kawen sume cukup sifat cukup rasa…untuk kesenangan kita gak nanti..yela..dok kubur dah la sensorang,,mmg la masa kawen dulu suami ada janji sehidup semati..last bini mati dia x jugak…x sempat pon rumput tumbuh kat kubur bini dah nikah lain…plak tu jns bini pesan sbelum mati “bang,kalo ye pon nak kawen lagi nnti tggu la rumput kat kubur ayang tumbuh dulu yerk”….pagi petang dia g siram kubur bini dia…nsb x taruk baja jerk..haa dah dok kubur sensorang,xleh lagi dah nk wat amal pape..yang tinggal amalan soleh masa hidup..n doa anak-anak soleh jela…

doa-doa ni la sebagai bekalan ibubapa sok kat alam yg mana sume menda x berguna dah…tanah 40 relung pon x jd guna dah…tanah depan masjid jugak dia pot….jadi sesame la kita renung2kan yerk…sekali ngn aku la ni…..comei ke ensem ke x cukup inci ke cam aku ni ke letak no 2…agama 1st yerk..tp kalo dah la comei, solehah lak tuh…kira bonus la…bleh la nk tumbang lembu 4 5 ekor…x kisah den…hihi….memandangkan jariku dah mula mengerem aku nk stop dulu topic ni kat cni yerk…wat sesapa terasa hati,hati- hati la..mungkin anda akan berkahwin x lama lg…xde kena mengena lansung..wakaka…xdelah..wat yg terasa hati…minta mahap la yerk…saja ja nk kongsi2 ngan hampa….k tumpang lalu na…nk berundur diri dulu (iskh sopannya,menantu sapa la ni)…wawiwawi…..k adious,gracias..chious..nyit2…assalamualaikum….


p/s : buat pak mertuaku yang sedang membaca ini…minta kurang cikit yerk..ala…megasales la ckit yerk…kalo nk mahal leh..bak la duit cikit..kui3…-yg benar….menantumu yg x dapat zakat taun ni-

by : kUbuKAnDudaMu

5 comments:

Hanisah Binti Mohamad Ali said...

salam...
maklumat yang sangat berguna...
sampai dh abis bca tetiba pikir eh tajuk ni rupanya...mcm xde kne mengene pon...tpi..tajuk yang menarik buat org nk baca..
waallahualam....

amu mejie said...

wslm...
bila masuk bab perkahwinan mesti bersangkut paut dengan istilah "janda" ni...so kaitannyer itu la....bilamana perkahwinan x dijaga boleh jadi janda taw...hihi....xiexie sudi baca...

orked said...

erm...kawin...erm..janda..ermmmm...ntah la..errmm mcm mana eh mijie??

::cik kikiLaLa:: said...

mak,saye nak kawin

p/s=ngesnges

rAbiAtuL aDaWiyAh said...

salam..artikel ni sgt best.informatif tp santai..great job.congrats!..sy nk minta izin utk link kn dlm blog sy nnt blh?mg bermanfaat utk org laen jg.mekaseh ya. :)