deRHakaKah si PeNDeRhaKa

5:28 PM at 5:28 PM

dari zaman tv tanpa warna sampailah saat ni kita sering dihidangkan, disaji, dipertontonkan dan dimomokan dengan kisah-kisah penderhakaan sesama makhluk...sejarah telah menulis jebat menderhaka kepada sultan...Tuah ditomah kerana derhakanya kepada semangat setiakawan...dan tanggang terus mengisi lembaran sejarah penderhakaan dengan melukai hati bondanya.....

hingga waktu ini pon derhaka sesama hamba terus diagung-agungkan..terus menjadi buah mulut atau santapan tambahan pengunjung-pengunjung kedai kopi untuk bercerita kisah derhaka...asyik bercerita hinggakan tiada ruang dan kuota di minda kita untuk merenung dan bermuhasabah diri tentang perderhakaan yang maha besar antara kita dan maha Pencipta...kita lebih takut akan tulah dari bala dan murka Raja Segala Raja.....kita lebih sibuk menjunjung bangsa hinggakan terlupa agama yang terpijak...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tak belajarkah kita dengan amukan ombak di acheh gara-gara perderhakaan kita pada yang maha Esa?apa peristiwa Greg 1997 jugak gagal memberi impak dalam kehidupan kita yang berakal?....walhal kalau direnung dan diselak kembali kisah derhaka menderhaka sesama manusia ini hanya sekelumit kecil dari kesan rentetan sikap kita yang mula menderhaka kepada suruhan-suruhan yang maha Agung dan jugak merupakan bala serta ancaman dari sikap mengenepikan perlembagaan yang telah disyariatkan....

kalau kita sendiri tak berhasrat atau cuba memulihkan hubungan antara hamba dan Pencipta..percayalah...tanggang akan terus lahir dan lahir...amukan jebat akan terus hidup dalam jasad-jasad generasi akan datang....siapa kita sekarang itulah gambaran generasi masa depan...

sabda Baginda S.A.W mafhumnya...."telah aku tinggalkan kepada kalian 2 perkara..dan kalian takkan sesat selamanya selagimana terus berpegang dengannya..iaitu Al-Quran dan Sunnahku"..

~derhahakah si penderhaka demi meraih redha Raja Segala Raja?~










by : LekiR

9 comments:

amin aL-khalidiy said...
This comment has been removed by the author.
amin aL-khalidiy said...

assalamualaikum.....
alhamdulillah...ini br tul2 lekir..tuan paham ye..bgus2...

abqary said...

Akukah Jebat?

Ochie~(^_^)v~ said...

salam mijie>>
hemm.. entry yg membuka kotak fikiran kita.. thanks...

p/s balik dr sinai nak ole2.. lalla

amu mejie said...

aminkhalidy..... wslm tuan..xdelah..sekadar nukilan rasa..:)..ni bkn lekir tuan..hang kebun.ngee


~cangkul pon cangkul la~

amu mejie said...

abqary.... akukah jebat lom kuar..akukah tanggang bru je abes ritu..he...

~akukah dia~

amu mejie said...

ochieous....haa mandai jak kata aku g sinai..ndak la ba..si boogies pegi la..(fuh selamat aku)..he


~ole..ole..ole..kitalah juara~

Ochie~(^_^)v~ said...

amumijie>>>
hohoh.. loyar buruk ko erk... kalo ndak da dari sina dr mesir la aku mau ole2..
nanti ko balik mesia aku tagih.. hahha
yes yes yes... ngeehhh
kan dah kena.. hahhaaa

amu mejie said...

kachiepo...uina..yala bah..nnti aku kasi spagheti jak la..leh kan..made in mesir jgk..yes..(save bajet)hehe..


~mamamia kapochiea~