KeLaHiRan AgUng

3:13 AM at 3:13 AM

Awan gelap Jahiliyah telah berarak menutupi sepenuhnya Jazirah Arab...buruk dan haram, perang berdarah, perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh kederhakaan...

lalu 12 rabiul awal menjelma...isnin..detik-detik agung yang dijanjikan... muncul bintang pagi kemakmuran.. suasana gelap itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan. bermulalah langkah awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan kemakmuran bagi bangsa terbelakang ini...Segera cahaya kerasulan ini menyinari seluruh dunia asas-asas pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun diletakkan....


setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi dan segala puji bagiNya yang mengutus para Rasul dengan membawa keterangan dan petunjuk...tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah...

selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah....saidina Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul...oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepda setiap mukmin dalam setiap aspek kehidupan mereka....syariat yang dibawa baginda juga adalah penyudah segala syariat..oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda adalah risalah yang paling sempurna bagi meraikan dan memenuhi pelbagai suasana dan zaman...selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti...golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah....kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka....



...Ya Rasulullah...
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah

wahai Tuhan...tetapkanlah limpahan rahmat kepada Nabi Muhammad
wahai Tuhan...tetapkanlah limpahan rahmat dan kesejahteraan kepadanya
wahai Tuhan...selagi cahaya bintang masih gemerlapan di kaki langit tetapkanlah tetapkanlah limpan rahmat kepada Nabi Muhammad S.A.W....ya Rabb......-salam maulidurrasul 1430 h-



~menagih syafaatmu~




by : uMatMu

0 comments: