NaMun kU pUnyA Hati

6:06 PM at 6:06 PM

"maut selepas menyedut lemak".......1 tajuk yang sudah cukup buat aku berpura-pura mengempiskan perut tatkala membacanya di dada akhbar kaca...tenet..dan ia juga cukup mengilukan perut dan rasa usus-usus perut nak tercabut..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

gomoks....bertitik tolak dari perkataan inilah mencetus kewujudan tajuk sengilu itu...ya!..tidak dinafikan faktor gomoks ini sedikit sebanyak membuatkan chenta anda ditolak dan kasih beralih arah lalu tangan di dahi sambil bernyanyi " tidak ku minta..lahir ke dunia..tidak ku minta gomoks begini"...revolvers..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tapi bagi aku...bersyukurlah dengan apa yang ada..bukan semua makhluk mampu membesarkan badan seperti anda..eh anda ker?...aku...banyak kelebihan sebenarnya memiliki badan sasa seperti itu...antaranya...dah sah-sah kawan anda tidak akan meminta anda untuk pijak belakang beliau yang lenguh kerana dikhuatiri rusuknya berhimpun setempat tapi tidak pada anda....kalo soal kain baju..insyaAllah kawan anda tidak pernah terlintas niat nak minjam...bagi yang beristeri...isteri anda juga akan berpikir mungkin sehari semalam untuk berleter kepada anda bila terpandang akan lengan anda yang besar dari betis dia...n macam-macam lagi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

gomoks air..gomoks baka..gomoks wat sendiri atau gomoks yang disebabkan busung... ape saja puncanya atau siapa pon anda..percayalah ada orang yang menyayangi anda apa adanya....sayangilah diri anda...


p/s : petua untuk isteri-isteri yang ingin menguruskan badan...mudah dan tidak mengeluarkan sebarang modal dan peluh..suruh suami anda kawen lagi..kurus la tu jap gi....kui....kui...



~pesanan ini ditaja oleh tokei julap~




by : BoOdaKgOoMokS

LelaKi mEnULis

9:37 PM at 9:37 PM

semacam satu artikel atau berita yang wajib bagi akhbar atau mana2 media massa hari ni menulis tentang kes-kes masalah sosial yang bermain dalam konteks lelaki perempuan...perempuan lelaki..lelaki lelaki...prempuan-perempuan...yarkkk kerrr!!...kes rogol saban hari dilaporkan...rogol yang disengajakan...tak sengaja rogol ..disebabkan persekitaran yang menekan (alasan)...nenek dirogol cucu...cucu rogol tokwan..kawan sesaje rogol isteri kawan...haruan makan anak...keli makan cucu...sepat makan ape ntah lagi dan macam-macam istilah tapi tetap dalam makna yang satu..kepincangan akhlak....banyak sudut dan faktor disorot dan dijadikan hujah untuk mententeramkan hati masing-masing hanya sekadar untuk mengatakan ...owh..itu salah dia lah..bukan pasal kita...dan alasan yang sewaktu denganya...aku bukan tulis buku..so satu faktor besar yang aku pilih....kegagalan menutup aurat khususnya makhluk yang bernama wanita...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

rimas..tak comei la...tak up to date la cenggini...kampung dowh....dan macam-macam lagi alasan yang boleh diklasifikasikan sebagai cedera otak keluar dari sorang pompuan bila dipinta untuk menutup auratnya.....sindrom perasan lawa kuasa dua menutup rasa hati yang tahu akan kewajipan menutup aurat bila mencecah umur baligh......kadang tu dah comei pun bertudung....3 4 kali tengok kalah siti nurhalipan...tup...kat bawah dah rupa sarung nangka nazak plak....konpius...tak tau salah siapa...salah ustaz tak mengajar abes bab aurat ataupun sendiri yang ponteng kelas.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ala........yang bertudung pon kena rogol jugak!....dan ini antara alasan top 5 yang selalu diluahkan...oleh siapa??dah tentu bukan makcik-makcik yang umurnya separa abad bukan?...melainkan yang suka berbogel je cakap camni...owh akaks.....kalau yang bertudung pon kena rogol....awak tu tunggu turn plak la pasni yerk...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sibuk!...kubur masing-masing la.....ni pon alasan femes cap ayam yang sering digunakan untuk menghalalkan matlamat diri yang ala-ala tak sedar diri...yaps...memang tak dinafikan setakat ni masih banyak tanah kosong di malaysia tuk tanam sorang-sorang....sebab kubur masing-masing la yang membuatkan masih ada orang yang sudi tegur...sebabnya..kalo kubur sekali senanglah..boleh gak tolong jawabkan soklan bagi pihak bila disoal kelak...boleh pas2 jawapan...kalo tak berkubur sekali pon...buatnya berjiran dengan yang menegur...tak ke memekak mengganggu jiran sebelah time kena godam ngan malaikat sok...sian kawan sebelah...sayangilah jiran anda...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

banyak dalil-dalil quran maupun hadis yang menyentuh tentang wajibnya seseorang perempuan itu untuk menutup aurat....dan diantaranya...

"Wahai Nabi...suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya..(semasa mereka keluar)...cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"....(al Ahzab : 59)

sabda junjungan Baginda S.A.W... "wanita itu aurat"...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

artikel ini ditulis oleh spesies makhluk berjantina lelaki yang tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap diri anda walaupun sebesar zarah...cuma sekadar saling mengingati...tak lebih dari untuk mengangkat martabat dan nilai seorang perempuan itu ke tempat yang lebih mahal...

sabda Nabi s.a.w " tiada fitnah yang lebih memudarat (berbahaya) ke atas kaum lelaki daripada wanita yang ditinggalkan selepasku"..

renung-renungkanlah dan selamat beramal....


~nenek rogol nenek...ada ker??...NTAH atau BAKAL~



by : tOkeiTudUng

KeLaHiRan AgUng

3:13 AM at 3:13 AM

Awan gelap Jahiliyah telah berarak menutupi sepenuhnya Jazirah Arab...buruk dan haram, perang berdarah, perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh kederhakaan...

lalu 12 rabiul awal menjelma...isnin..detik-detik agung yang dijanjikan... muncul bintang pagi kemakmuran.. suasana gelap itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan. bermulalah langkah awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan kemakmuran bagi bangsa terbelakang ini...Segera cahaya kerasulan ini menyinari seluruh dunia asas-asas pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun diletakkan....


setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi dan segala puji bagiNya yang mengutus para Rasul dengan membawa keterangan dan petunjuk...tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah...

selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah....saidina Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul...oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepda setiap mukmin dalam setiap aspek kehidupan mereka....syariat yang dibawa baginda juga adalah penyudah segala syariat..oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda adalah risalah yang paling sempurna bagi meraikan dan memenuhi pelbagai suasana dan zaman...selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti...golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah....kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka....



...Ya Rasulullah...
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah

wahai Tuhan...tetapkanlah limpahan rahmat kepada Nabi Muhammad
wahai Tuhan...tetapkanlah limpahan rahmat dan kesejahteraan kepadanya
wahai Tuhan...selagi cahaya bintang masih gemerlapan di kaki langit tetapkanlah tetapkanlah limpan rahmat kepada Nabi Muhammad S.A.W....ya Rabb......-salam maulidurrasul 1430 h-



~menagih syafaatmu~




by : uMatMu

peMbURu "eMaS" DamiEtta

3:00 AM at 3:00 AM

sebelum ni meneroka dan menjelajah kesunyian dumyat hanya sebahagian dari juzuk-juzuk kecil angan aku dan kengkawan...tapi pelawaan dari sahabat aku kali ni merealisasikan impian kecil aku dalam usaha menghabiskan saki baki cuti yang melebamkan ni...lebih kurang pukul 7 pagi jam melayu aku dengan agresif campur malas nak kuar dari kesuaman saratoga pagi-pagi yang tak buta ni aku gagahkan jugak untuk join xpdc memburu kerang di damietta....ceh macam memburu emas yamashita plak rasa.....

macam biasa...tremco menjadi kenderaan rasmi bagi kami kat sini tuk g jenjalan....cuma kali ni aku bertuah dapat amu tremco yang ala-ala sopan amat jadi driver aku kali ni...aduh..memang sopan tahap gaban aku rasa..selalunya...berjiwa kelajuan kalau aku naik tremco arab ni..tapi kali ni lain temanya...jiwa kelembapan super saiya...destinasi pertama aku jejak adalah suq ra'sul bar...harga makanan laut yang amat murah sedikit pon tak menaikkan nafsu aku tuk membelinya disebabkan aku sendiri tak punya geneh apatah lagi euro yang mencukupi...aku naik bot penambang menyeberangi laluan laut sekangkang gorila..tak sempat bertitanic dah sampai ke seberang..rindu aku kat kampung..ingatan pada ombak laut dan hiruk pikuk enjin penambang di kampung aku menerpa semula....bot adalah kenderaan wajib bagi aku di kampung tuk seberang ke tanah besar langkawi...tuba!! tunggu aku....huhu

sebelum ni aku macam-macam cerita dan hikayat dari kawan-kawan tentang pertembungan laut dan sungai Nil di sini...dan kali ni..aku berpeluang sendiri menyaksikan pertembungan dua aliran berbeza tu...di situ kita dapat saksikan air laut yang membiru dan kejernihan nil bertemu tapi tidak bersatu....di dalam Al- Quran jugak ada menceritakan fenomena alam ini untuk membuktikan lagi keagungan ciptaan Allah s.w.t...

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak melampaui masing-masing".....(Ar-Rahman : 19-20)

sekerat hari letih dan penat dibakar matahari di ra'su bar...kami begerak ke pantai dumyat selepas zuhur untuk menghabiskan tentatif program yang sememangnya matlamat utama aku ke sana...memporak perandakan masyarakat kerang...(wah bunyi cam orang jahat plak)..sampai je aku kat sana...wahhh azim..banyak betul kerang berpoya-poya di pesisiran pantai tanpa menghiraukan matahari terpacak di atas cengkerang dorang...aku n mat zul memulakan misi memisahkan kerang dari tempat asalnya...4 guni yang aku bawak gagal dipenuhi dek keletihan mengutip komuniti kerang yang bertaburan bersepah....

matahari yang diperintahkan oleh Allah untuk menyinari manusia sudahpon bertukar shif ngan cik bulan......dan aku pon paham isyarat alam tu..kami pon siap-siap tuk balik semula dengan pikiran mula merancang macam-macam resepi bertemakan kerang ni.......letih wat aku tertido dlm tremco......zZzZZz...mata dibuka...dan aku di sempadan kawasan lain....umah kawan aku..


~nasi lemak sambal kerang~



by : keRunK

keRaNa kau HuJan Ku SejUk

3:15 AM at 3:15 AM

jiwa kelajuan...itu lagu band hujan...ku sangka panas hingga ke lusa...rupanya petang dah hujan.. ini pepatah tentang hujan lak..temanya kali ni pon tentang "kerana kau hujan aku sejuk"..hoho... 2 3 hari ni misr bermandi hujan lagi...gegel..sejuk..waaa...bagi yang jenis suka menipiskan tilam..meretakkan kayu katil...melukis abstrak di bantal saat-saat macam ni sentiasa dinanti-nantikan...memang sedap la menggulungkan diri dalam saratoga... ala-ala kuih popia dah aku tengok..tinggal nk goreng jerk kalo leh makan...kadang dah rupa pak kura dah sekali pandang...panggil pon nampak kepala jer...kuat penangan sejuk kali ni...kekejangan gigi..lebam mata..telinga terseliuh akibat terlalu lama ditindih..keliru waktu..dituduh kawan meninggal dunia akibat terlalu lama tidak bergerak..dan macam-macam lagi sindrom penyakit wujud sejuk-sejuk gini....hoho..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

masuk bilik air dah rasa macam bercinta jer....tenung jer air tu...dulu kalo aku tengok p ramlee filem ape ntah tajuknya....part msuk bilik air cuci mata jerk sebab air sejuk..dan sekarang aku pulak menjiwai watak adegan tu demi memartabatkan filem beliau..(alasan..wawa)....bagi penduduk kota siberbay macam aku ni..hujan mcm ni mengundang sedikit masalah..maklum la...kota purba...lecak..lumpur..adalah perkara normal tiap kali hujan...kasut yang aku beli dulu tapaknya hanya setebal 1 inci jerk...tp disebabkan hujan..ketebalan kasut aku bertambah ..mencecah 3 4 inci jugak la...kuar umah ensem sekejap..balik dah rupa orang menoreh getah dah gayanya..huhu..tapi tiap menda buruk ada baiknya....dah kurang berdebu kota purba pas hujan camni....dah la..aku pon malas nak type banyak hujan-hujan camni...sbb bulu mata aku dah nak krem ni...nak g mempopiakan diri dulu k......chious...






~sambil dengar lagu keronchong hujan nyanyian adibah noor~








by :meJieNoR



c.H.a.N.T.e.K

2:29 AM at 2:29 AM

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
bertudung hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

Dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantek..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
Dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap chantek padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

~cHenTa cHantek BiLa aKhLak MoLek~


by : aLtimEt ft aDeeP