BuKan keRana Nama

8:56 PM at 8:56 PM

a.samad said..1 nama yang tidak asing lagi di pendengaran kita dan bukan satu nama baru di arena penulisan..berusia 76..seorang tokoh sasterawan negara yang disegani dan dihormati..perwatakan simple dan mesra "rakyat" menjadi identiti diri beliau...juga merupakan aset negara yang amat berharga..ribuan karya-karya indah hasil tangan beliau sudah pun menjadi tatapan kita...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan hari ini...........sekali lagi a.samad said terus mengisi ruang- ruang media dengan penuh jatidiri menempelak dan mempertahankan bahasa ibunda dari terus ditelan zaman...dengan penuh rasa rendah diri tapi utuh pegangannya beliau bangun bersuara membela bahasa ibunda dari ditindas..tujuan hanya satu...mempertahankan bahasa jiwa bangsa dari dimuziumkan kelak nanti....kemungkinan besar juga bahasa ibunda jika gagal dibela waktu ini hanya akan mengisi ruang lembar dalam lipatan sejarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bukan sekadar untuk hidup untuk disanjung..tapi beliau juga ingin mati bermaruah dan dikenang....tidak mahu umat melayu masa hadapan menuduh dirinya dan masyarakat hari ini diam berpeluk tubuh dari pembelaan...beliau terus bersuara atas nama cintakan bahasa yang menjadi identiti bangsa...sekadar usaha kecil beliau tapi berimpak besar yang harus disokong oleh kita.....dan kali ini..gelarannya sendiri bakal dipertaruhkan di dalam urusniaga bahasa yang diperdagangkan..gelaran yang sedikit pun tidak memberi bekas di hati...untuk apa hidup dikenang jika mati ditohmah diludah...matlamatnya hanya satu..untuk melihat bahasa ibunda terus gah....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang yang ingin menarik balik gelaran sasterawan negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan..tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukan milik kekal dan saya adalah sasterawan rakyat yang akan berjuang demi anak cucu bangsa melayu..saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti"...a.samad said..

...teruskan perjuangan selagi bernafas...


yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa


by : LaBuSayong

MenCaRi siApa aKu..

8:35 PM at 8:35 PM

ntah...kadang aku sendiri khilaf siapa aku...untuk apa aku hidup dan untuk apa aku dihidupkan..seperti roda yang terkadang atas dan terkadang bawah..begitu jugak iman aku sebagai manusia yang bukan maksum...kadang sepi...kadang bosan dan kadang gembira yang dibuat-buat mengisi jadual harian hidup...semangat yang hilang ntah ke mana..prinsip yang terbang melayang..jatidiri yang lesap hilang...bingung....bingung dengan tuntutan hidup yang mendesak..harapan yang digalas bahu..impian yang dipertaruhkan..aku bingung sendiri..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku gagal mencari titik mula..serabut dengan kusut... dan aku hilang punca yang dulu di genggaman aku sendiri..terasa diri seolah jatuh di jaringan labah-labah gergasi ciptaan sendiri...kiri kanan mengikat..kaki tak mampu melangkah dan tangan kaku untuk menghayun....sukar rasanya melepaskan diri dari jaringan sarang keserabutan jiwa yang bukan pinta aku....hidup mendatar...sepi sunyi, lali serabut..kusut mengikut..aku mangli..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


oh Tuhan......aku harap sinar di akhir gelap...aku pohon ketenangan di sebalik keserabutan..aku berdoa moga ada esok untuk aku terus bangun berlari..dan aku damba kemenangan di akhir episod duka ini....ya Rabb...

~hidup ini memang bosan..tapi esok masih ada~


by : keRDiL

deRHakaKah si PeNDeRhaKa

5:28 PM at 5:28 PM

dari zaman tv tanpa warna sampailah saat ni kita sering dihidangkan, disaji, dipertontonkan dan dimomokan dengan kisah-kisah penderhakaan sesama makhluk...sejarah telah menulis jebat menderhaka kepada sultan...Tuah ditomah kerana derhakanya kepada semangat setiakawan...dan tanggang terus mengisi lembaran sejarah penderhakaan dengan melukai hati bondanya.....

hingga waktu ini pon derhaka sesama hamba terus diagung-agungkan..terus menjadi buah mulut atau santapan tambahan pengunjung-pengunjung kedai kopi untuk bercerita kisah derhaka...asyik bercerita hinggakan tiada ruang dan kuota di minda kita untuk merenung dan bermuhasabah diri tentang perderhakaan yang maha besar antara kita dan maha Pencipta...kita lebih takut akan tulah dari bala dan murka Raja Segala Raja.....kita lebih sibuk menjunjung bangsa hinggakan terlupa agama yang terpijak...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tak belajarkah kita dengan amukan ombak di acheh gara-gara perderhakaan kita pada yang maha Esa?apa peristiwa Greg 1997 jugak gagal memberi impak dalam kehidupan kita yang berakal?....walhal kalau direnung dan diselak kembali kisah derhaka menderhaka sesama manusia ini hanya sekelumit kecil dari kesan rentetan sikap kita yang mula menderhaka kepada suruhan-suruhan yang maha Agung dan jugak merupakan bala serta ancaman dari sikap mengenepikan perlembagaan yang telah disyariatkan....

kalau kita sendiri tak berhasrat atau cuba memulihkan hubungan antara hamba dan Pencipta..percayalah...tanggang akan terus lahir dan lahir...amukan jebat akan terus hidup dalam jasad-jasad generasi akan datang....siapa kita sekarang itulah gambaran generasi masa depan...

sabda Baginda S.A.W mafhumnya...."telah aku tinggalkan kepada kalian 2 perkara..dan kalian takkan sesat selamanya selagimana terus berpegang dengannya..iaitu Al-Quran dan Sunnahku"..

~derhahakah si penderhaka demi meraih redha Raja Segala Raja?~










by : LekiR

BaHteRa paDaNg paSiR

11:25 AM at 11:25 AM

macam yang kita tau..menatang yang paling sinonim ngan padang pasir ni tak lain tak bukan adalah encik unta yang ensem...unta jugak merupakan makhluk yang menjadi mukjizat bagi Nabi Salleh a.s...dan kali ni..rentetan dari kisah le tour de egypt pas imtehan ni...aku berjaya mendera encik unta tuk bawa aku reronda...wat julung-julung kalinya merasa naik unta nie....


memang gayat..........tinggi jugak encik unta ni sebenarnya...sampai ada yang menjerit-jerit..terutamanya kak kembor..bak kata dia la pas balik dari reronda ngan encik unta ni....aku suka tengok encik unta ni masa nak parking...ternyata encik unta ni antara menatang-menatang yang paling tertib dan sopan...waktu nak parking dimulai ngan kaki depan n disudahi ngan kaki belakang..layak la kalo aku bagi gelaran "unta melayu terakhir" kat beliau...


kadang terpikir jugak camnelah orang-orang terdahulu berhijrah berhari-hari naik unta ni sedangkan aku yang naik tak sampai 2 jam dah tak boleh catwalk...hmmm...tapi demi kelansungan iman dan islam umat masa akan datang digagahi jugak...besar pengorbanan diorang..


~semoga Allah sentiasa memberkati dan mencucuri rahmat ke atas mereka yang berhijrah...ya Rabb~



by :oNta

Di aMbaNg soRe

5:27 AM at 5:27 AM


sungguh menenangkan hati..mendamaikan jiwa melihat panorama matahari terbenam...kalo dulu selalu aku tengok matahari terbenam dari sisi laut..tapi kali ni..lebih takjub dan indah bila aku berpeluang tengok sendiri matahari terbenam ditelan padang pasir yang luas...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a'zim!!.....panorama ni aku tengok masa kali kedua aku jejak kaki ke piramid bagi mengisi masa-masa kosong aku pas imtehan ni..memang ada sentimental value dia tu ...fuh!! tenang, rileks, terpana n pelbagai lagi perasaan yang aku rasa time tu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

firman maha Pencipta..."Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang.bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi.sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (al-baqarah :164)

by : bOoLaN

Ayyi haGaH biL FuLuS

4:51 AM at 4:51 AM

penghujung januari baru je berlalu..aku ngan kengkawan umah...amu caen, boy n amu wan baru je menyudahkan plan yang sekian lama dirancang sebelum imtehan lagi...destinasi mula yang aku pijak...pesta buku... ataupun nama saintifiknya ma'rad kitab...ma'rad kitab ni diadakan hampir saban tahun dan dikatakan bertaraf antarabangsa yang mana dihadiri oleh pelbagai negara untuk mempamerkan produk masing-masing...aku mencuri peluang kali untuk tengok sendiri kemeriahan dan riuh rendah keadaan di ma'rad..pas solat jumaat aku sampai di ma'rad...hampir saja perut memuntahkan isi bila aku menjejakkan kaki ke dalam tapak ekspo tu...jutaan kitab terhidang..mabuk kitab jadinya..aku meraba poket yang sentiasa dahagakan wang ringgit ni tuk beli apa yang ada di situ..ternyata aku hanya mampu beberapa buku kecil jerk kali ni...salah diorang jugak kan..sapa suruh buat time aku tak ada duit..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

melilau....melilau...melilau...tak jugak abes-abes..macam-macam gaya, ragam manusia di situ..sedar-sedar hari dah pon berganjak malam..kaki , mata pon dah bengkak..kitorang pon balik dengan berbekalkan beberapa biji kitab yang beli n ada jugak dapat free..bak kata pakndak.."tak wat semua jangan tinggal semua"..aku lak kata "tak beli semua, jangan tak beli lansung"...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

teksi yang aku naik dah pon sampai ke destinasinya..hayyu sabie..tempat aku tumpang berteduh malam tu..pas mengisi perut yang dah lama berkeroncong..aku naik untuk tido..menunggu esok tuk plan seterusnya...............ZzzzZZzz


by : peNunGgUkItaB

NuR@ka ?

2:59 AM at 2:59 AM

zaman kegelapan telah pon berlalu...zaman manusia hilang pedoman hidup..zaman di mana nilai wanita hanya di bawah kaki, zaman yang mana hukum hutan dijadikan undang2 hidup...si kaya menindas, si miskin dipijak lehernya..zaman manusia dan binatang berbeza hanya pada ejaan......Dan dalam kegelapan yang pekat hitam diciptakan 1 cahaya yang merubah segalanya..Saidina Muhammad S.A.W...1 insan agung yang membawa obor-obor iman untuk merubah alam pekat menjadi terang...kesesatan telah berubah menjadi petunjuk bagi manusia yang mengerti dan memahami tujuan dan hakikat penciptaan di atas muka bumi ini..

----------------------------------------------------------

Islam yang datang mengubah umar yang dulunya seorang pengembala kambing di lereng bukit mekah menjadi khalifah yang disegani...islam yang merubah manusia yang dulunya bengis, kejam dan rakus menjadi insan yang menangis di tengah kegelapan malam, zuhud dan tawadhuk...tapi hari ini........manusia mula meninggalkan semula cahaya yang sekian lama wujud untuk memilih hidup dalam kegelapan..agama bukan lagi 1 pegangan..agama hanya di kad pengenalan untuk membezakan sapa ah-chong, sapa ali , sapa sivaraja..islam di kad pengenalan hanya untuk memudahkan pengurusan jenazah..agamawan dan intelektual bukan lagi rakan perjuangan....agamawan dilempar di masjid-masjid untuk tahlil dan talkin mati....anak-anak gadis dan remaja bukan lagi gambaran keagungan umat masa depan..krisis harga diri, maruah dilaporkan saban waktu...manusia kini makin tuli dan kebal dari loceng kebenaran...dan kita hari ini masih terus memilih kompas kekufuran untuk menjadi petunjuk arah hidup..kita merasa bangga dan terus berkubang di dalam lumpur kesesatan..hanyut dalam lautan kemaksiatan yang akhirnya hanyut dibawa arus yang menghantar manusia ke jurang api neraka...

kita masih punya waktu untuk kembali.....selagi nafas belum terhenti selama itu pintu taubat masih terbuka...jadi kenapa neraka yang dipilih?..sepatah kata nabil..lu pikir la sendiri...

~anda mampu mengubahnya~


by : baNgBiLL

anTi 'B.a.R.U.a'

2:37 AM at 2:37 AM

menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke 4 dan ke 3 barua membawa maksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan, muncikari, alku, pinang muda, jaruman atau sejenis makian...tapi menurut kamus hidup aku..barua bermaksud manusia keji, jijik. manusia yang mengadu untuk terus hidup, sampah, parasit yang menumpang senang orang lain, gunting dalam lipatan, kawan makan kawan, api dalam sekam, kudis, orang yang tak mampu berdiri atas kaki sendiri, talam berbelas muka, anjing upahan, virus, perasan bagus, mengemis bantuan orang lain untuk hidup, poyo, berlagak pandai, memualkan.......



p/s : bebaskan diri anda dari maksud ini....



by : anTibiOtiK