BuKan keRana Nama

8:56 PM at 8:56 PM

a.samad said..1 nama yang tidak asing lagi di pendengaran kita dan bukan satu nama baru di arena penulisan..berusia 76..seorang tokoh sasterawan negara yang disegani dan dihormati..perwatakan simple dan mesra "rakyat" menjadi identiti diri beliau...juga merupakan aset negara yang amat berharga..ribuan karya-karya indah hasil tangan beliau sudah pun menjadi tatapan kita...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan hari ini...........sekali lagi a.samad said terus mengisi ruang- ruang media dengan penuh jatidiri menempelak dan mempertahankan bahasa ibunda dari terus ditelan zaman...dengan penuh rasa rendah diri tapi utuh pegangannya beliau bangun bersuara membela bahasa ibunda dari ditindas..tujuan hanya satu...mempertahankan bahasa jiwa bangsa dari dimuziumkan kelak nanti....kemungkinan besar juga bahasa ibunda jika gagal dibela waktu ini hanya akan mengisi ruang lembar dalam lipatan sejarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bukan sekadar untuk hidup untuk disanjung..tapi beliau juga ingin mati bermaruah dan dikenang....tidak mahu umat melayu masa hadapan menuduh dirinya dan masyarakat hari ini diam berpeluk tubuh dari pembelaan...beliau terus bersuara atas nama cintakan bahasa yang menjadi identiti bangsa...sekadar usaha kecil beliau tapi berimpak besar yang harus disokong oleh kita.....dan kali ini..gelarannya sendiri bakal dipertaruhkan di dalam urusniaga bahasa yang diperdagangkan..gelaran yang sedikit pun tidak memberi bekas di hati...untuk apa hidup dikenang jika mati ditohmah diludah...matlamatnya hanya satu..untuk melihat bahasa ibunda terus gah....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang yang ingin menarik balik gelaran sasterawan negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan..tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukan milik kekal dan saya adalah sasterawan rakyat yang akan berjuang demi anak cucu bangsa melayu..saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti"...a.samad said..

...teruskan perjuangan selagi bernafas...


yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa


by : LaBuSayong

6 comments:

Ochie~(^_^)v~ said...

salam ziarah>>>
aku bangga jadi anak bangsa Melayu..
huhuh...

amu mejie said...

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

~ochie boogies~

Ochie~(^_^)v~ said...

hohoho... boogies itu juga melayu bah mijie.. ngehhh...
:P aku bangga jadi anak boogies... ochie boogies?? hohoho...

abqary said...

banyak cara lain yg lebih efektif daripada mengajar sains dan matematik dalam bhs asing..hidup melayu..hidup boogies..

amu mejie said...

ochie...mmg la bugis jgk melayu..ada termaktub situ..

~boogies boone~

amu mejie said...

abqary..yaps..sokong tu..tingkatkan kualiti pembelajaran bahasa iggeris dah la...menambah kusut dalam serabut..



~anak melayu di kota inggeris-art fazil-~