peMbURu "eMaS" DamiEtta

3:00 AM at 3:00 AM

sebelum ni meneroka dan menjelajah kesunyian dumyat hanya sebahagian dari juzuk-juzuk kecil angan aku dan kengkawan...tapi pelawaan dari sahabat aku kali ni merealisasikan impian kecil aku dalam usaha menghabiskan saki baki cuti yang melebamkan ni...lebih kurang pukul 7 pagi jam melayu aku dengan agresif campur malas nak kuar dari kesuaman saratoga pagi-pagi yang tak buta ni aku gagahkan jugak untuk join xpdc memburu kerang di damietta....ceh macam memburu emas yamashita plak rasa.....

macam biasa...tremco menjadi kenderaan rasmi bagi kami kat sini tuk g jenjalan....cuma kali ni aku bertuah dapat amu tremco yang ala-ala sopan amat jadi driver aku kali ni...aduh..memang sopan tahap gaban aku rasa..selalunya...berjiwa kelajuan kalau aku naik tremco arab ni..tapi kali ni lain temanya...jiwa kelembapan super saiya...destinasi pertama aku jejak adalah suq ra'sul bar...harga makanan laut yang amat murah sedikit pon tak menaikkan nafsu aku tuk membelinya disebabkan aku sendiri tak punya geneh apatah lagi euro yang mencukupi...aku naik bot penambang menyeberangi laluan laut sekangkang gorila..tak sempat bertitanic dah sampai ke seberang..rindu aku kat kampung..ingatan pada ombak laut dan hiruk pikuk enjin penambang di kampung aku menerpa semula....bot adalah kenderaan wajib bagi aku di kampung tuk seberang ke tanah besar langkawi...tuba!! tunggu aku....huhu

sebelum ni aku macam-macam cerita dan hikayat dari kawan-kawan tentang pertembungan laut dan sungai Nil di sini...dan kali ni..aku berpeluang sendiri menyaksikan pertembungan dua aliran berbeza tu...di situ kita dapat saksikan air laut yang membiru dan kejernihan nil bertemu tapi tidak bersatu....di dalam Al- Quran jugak ada menceritakan fenomena alam ini untuk membuktikan lagi keagungan ciptaan Allah s.w.t...

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak melampaui masing-masing".....(Ar-Rahman : 19-20)

sekerat hari letih dan penat dibakar matahari di ra'su bar...kami begerak ke pantai dumyat selepas zuhur untuk menghabiskan tentatif program yang sememangnya matlamat utama aku ke sana...memporak perandakan masyarakat kerang...(wah bunyi cam orang jahat plak)..sampai je aku kat sana...wahhh azim..banyak betul kerang berpoya-poya di pesisiran pantai tanpa menghiraukan matahari terpacak di atas cengkerang dorang...aku n mat zul memulakan misi memisahkan kerang dari tempat asalnya...4 guni yang aku bawak gagal dipenuhi dek keletihan mengutip komuniti kerang yang bertaburan bersepah....

matahari yang diperintahkan oleh Allah untuk menyinari manusia sudahpon bertukar shif ngan cik bulan......dan aku pon paham isyarat alam tu..kami pon siap-siap tuk balik semula dengan pikiran mula merancang macam-macam resepi bertemakan kerang ni.......letih wat aku tertido dlm tremco......zZzZZz...mata dibuka...dan aku di sempadan kawasan lain....umah kawan aku..


~nasi lemak sambal kerang~



by : keRunK

6 comments:

Ochie~(^_^)v~ said...

salam ziarah>>
whuaaaaaaaaaa bestnya incik mijie..
hehhe nak kerang juga.. byknya mijie dpt. hehhe

eh.. mijie duduk sblh wanita arab ker tu..
wewiiitt... huhu

_ToMaToMeI_ said...
This comment has been removed by the author.
_ToMaToMeI_ said...

Mizi...ang tgk2 la blog aku...heheh..
baru satu post ja..dah nak eboh no..
aku baru nak bejinak-jinak ngn dunia bloggers ni...

Mr. Anas said...

huhu...
jalan sakan...
tapi tu la.. aku bukan nak komen laut biru ka hijau ka cuma saya nampak ostat ni koi berisi...

:D

jgn maraaa

nazurahcma said...

haiyya my cousin,nampaknye semakin chumillll..jgn la chumil2 sgt,nnt terlebih chumil susah..jgn mkn kerang byk2,pos la cni sket..hehe

amu mejie said...

ochie.....ko x leh mkn kerang..nnti darah tggi..he...makcik tu yg nak dok sebelah aku..jgn gosip lak..makcik je pon..


tomatomel.....tahniah ila..ok r tu..mn de orang post juta2 1st wat..pelan kayuh2 la...biar slow asal pelahan..he


anas.....koi berisi ka?koi mendap la...he..xtaw dah nk wat gena nk bagi turun..kena beras arab ni koi tembun plak dah..he



kak jo-ah....chumil tu pra sekolah dlu..skang kategori ensem la kalo nk puji pon..wah boleh gitu?he..xpa la...besaq la senang..bini nk beletiaq pon pikiaq bnyak kali...he..