SeCawan Teh dan sEbiJi KaRiPap......

5:01 PM at 5:01 PM

al kisah maka tersebutlah kisah belayarlah sebuah kapal dagang yg dinamakan Titenuc....pelayaran melalui bongkah-bongkah ice yg besar menuju destinasi...di dalamnya didiami 3 bangsa yg memenuhi ruang kapal tersebut...........

tiba-tiba....(ayat wajib karangan sek ren dulu) ........

tiba-tiba....tanpa diduga kapal titenuc ini telah terlanggar sebuah bongkah ice yg amat agak besar...dianggarkan bongkah ice itu lebih besar dari gaban.....pelanggaran itu telah menyebabkan kebocoran yg besar pada kapal......lalu mendatangkan cemas pada penghuni-penghuni kapal yang asyik bermain kejar-kejar dan ada yang sedang sibuk bergambar.....

~~~~~~~~~~~~~~~~

situasi itu telah menyebabkan semua orang mula kelam kabut kalut....bagi yg muslim ada yg mula mengambil wudhuk kerana kebiasaan situasi susah orang akan mula mengingati Tuhan...

~~~~~~~~~~~~~~~~

dalam keadaan kelam kabut itu.....alfonso aldeibuqaki ...seorang dari ketua suku omputeh mula menjerit memberi arahan pada anak-anak buahnya untuk membantu apa yang terdaya bagi menyelamatkan keadaan kapal......bertempiaran la anak-anak buah omputeh tersebut membantu dengan kepakaran masing-masing.....ada yang terjun ke perut kapal untuk menghalang air untuk masuk....ada yang sibuk mengendalikan kapal untuk berlabuh ke pulau-pulau yang berhampiran.....




di satu sudut......Bow Hong Quat...mula menggerakkan anak-anak buahnya untuk mengumpulkan harta-harta sepencarian...(ceh..dah mcm becerai).segala emas....perak...utk diletakkn di satu tempat yang lebih selamat...ini mengelakkan harta yang bukan kepunyaan ahmad albab itu hilang dipukul badai dan bakal ditenggelamkan.....

~~~~~~~~~~~~~~~~

hero malaya....pak kasim...mengambil posisi sebagai kepala kaum memberi arahan supaya anak-anak buah sekaum berkumpul di satu sudut kapal ....jauh dari tempat bocor...kerana dikhuatiri kepala mereka juga bocor sekiranya berhimpun disitu....setelah kaum berhimpun ...pak kasim sebagai sepupu kepada bekas jkkk kampung sebelah memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan serangka pantun sebagaimana mesyuarat biasa yang dikendalikan di mana-mana majlis......




*di mana-mana sudut kapal orang-orang mula bertempiaran menyelamatkan diri dan harta pusaka masing-masing.....pak kasim selaku orang lama tidak mudah melatah.....dia terus mengendalikan mesyuarat yang sudah menjadi rutin bagi kaumnya......

~~~~~~~~~~~~~~~~

"jadi.....saya selaku ketua di sini....akan melantik beberapa ketua-ketua bahagian atau exco-exco bagi mengendalikan masalah yg terjadi skrg......ini untuk memudahkan gerak kerja....kata pak kasim bersemangat.....

*air mula melepasi paras lutut masing-masing.....namun mesyuarat harus diteruskan .....

~~~~~~~~~~~~~~~~

"tuan.....saya selaku EBB (exco bahagian bocor) di sini ada sedikit cadangan di sini....."kata seorang disitu yg baru dilantik......"saya harap kalo boleh diwujudkan lagi beberapa AJK bagi memudahkan urusan".....(cadangan menyusul)...


"bagus!...bijak....!...jadi kita akan memilih beberapa AJK bagi melancarkan segala jenis kerja nnti...."balas pak kasim dengan suara halkum yg dibuat...(suara seorang ketua).....


setelah semuanya berjalan lancar......pelantikan demi pelantikan dibuat....dan AJK yang baru dilantik itujugak telah diberi mandat untuk memilih orang-orang bawahan masing-masing....


*akhirnya... mesyuarat telah pon selesai....

"sebelum tu.......(pak kasim bersuara kembali).....semua yang hadir dijemput ke ruang yang belom dipenuhi air untuk jamuan ringkas.....kita ada sediakan sedikit kuih-kuih dan teh panas...(menu utama mesyuarat)......




~"sekian bersurai".....(kata-kata terakhir pak kasim sebelum kapal itu tenggelam).....~




by : ToNgkaNgAraNg

5 comments:

orked said...

tambahan dialog pak kasim pd ajk2 kapal,
pak kasim: u all jump..i run..(^__^)

aishahumairah said...

hehehe...
b0leh ya mesyuarat time nyawa2 ikan nk selamatkan dri..;p
p0kcik2...~

Rosmarieza said...

pandai gak amu bercerita~ kipidap~:) haha:P

pencinta bahasa said...

salam pak cik..
metofora yang menarik.. sangat sarkastik..

amu mejie said...

ikin : hehe ~ u jump u die..

chah : biasa la...melayu an suka mesyuarat...:P sbb tu wujud bejuta2 jabatan pape ntah tu...:P

dark rose : mana da cerita...dgr ke?..:D karipap~ ..:P

p.bahasa : wslm..alam flora pon ada..:D sarkas ni x jinak2 pon..:D