aMaNat tERaKhir daRi Ibu

8:18 PM at 8:18 PM

kalau ini amanat ibu : Muhammad!..Demi Tuhan yang memiliki Al Aqsa, hingga saat ini ibu tak pernah sesal untuk mati demi palestin.Dan ibu tak pernah menyesali takdir dengan kelahiran engkau wahai anakku..Hiduplah engkau untuk kesinambungan perjuangan ini..



Kalau ini amanat ibu : Muhammad!..sekarang palestin hanya ada kita..Tangan-tangan kitalah yang akan melindungi tanah ini dan untuk mengembalikan kegemilangan islam di palestin.Bangunlah kamu untuk teruskan berjuang...

Kalau ini amanat ibu : Muhammad!..saat ini ibu akan pergi untuk selamanya.Usah diratapi pemergian ini.Teruskanlah bernyawa demi Al-Aqsa.Jangan generasi akan datang memandang jelik dan hina kepada kita disebabkan tangan yang kita sembunyi dari pembelaan Al-Aqsa..Jangan biar sejarah terus menulis tentang kelemahan kita..


Kalau ini amanat ibu : Muhammad!..tinggalkanlah jasad kaku ini..Jasad yang tidak mampu meneruskan perjuangan untuk Aqsa walau sekadar doa.Tinggalkan jasad ibu dan pergilah melempar batu-batu untuk kelansungan jiwa palestin yang mengharapkan pembebasan.Moga batu-batu ini akan menjadi saksi perjuanganmu nanti..

Kalau ini amanat ibu : Muhammad! semoga syahid milik kita...innalillahi wa innailahi rajiu'n..al- fatehah..

Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?Pejamkan mata kamu buat seketika serta bukakan hati...sudah tentu kalau boleh kamu ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

~malulah kalian yang hanya menjadi penunggu setia untuk palestin...tunaikanlah hasrat "ibu" walaupun hanya sekadar hembusan doa~


"Akan ada kemenangan di akhir episod duka ini"...Allahumma amin...



by : aku,dia&palestin






4 comments:

~ochie~ (^_^)v said...

salam mijie>>>
sedihnya baca entry mijie ni...
susah nak ucp ngan kata2 akan perasaan kita bila ngok situasi mcm ni.. geram//sedih/marah/gelisah/ bila mengenang nasib saudara kita di sebelah sana..

doaku semoga kemenangan milik palestine.. Amin..

amu mejie said...

wslm...sekadar ini jela termampu aku..mudahan Allah kuatkan hati anak-anak palestin tuk membela Al Aqsa...

~berdoa jela setakat ni..itu yg termampu...ya Rabb~

~ochie~ (^_^)v said...

ya bah mijie..
akku pun harapkan mcm tu.. harap2. anak2 kecil dkat sana d kuatkan hati utk mhgdpi musibah ni..

mijie.. ko dah nak exam dah kan..
ko buat yg terbaik..
ko kena kuatkan hati gak.. byk dugaanmu tu.. hehhe

Gadis Reformasi said...

jom syahid!