NuR@ka ?

2:59 AM at 2:59 AM

zaman kegelapan telah pon berlalu...zaman manusia hilang pedoman hidup..zaman di mana nilai wanita hanya di bawah kaki, zaman yang mana hukum hutan dijadikan undang2 hidup...si kaya menindas, si miskin dipijak lehernya..zaman manusia dan binatang berbeza hanya pada ejaan......Dan dalam kegelapan yang pekat hitam diciptakan 1 cahaya yang merubah segalanya..Saidina Muhammad S.A.W...1 insan agung yang membawa obor-obor iman untuk merubah alam pekat menjadi terang...kesesatan telah berubah menjadi petunjuk bagi manusia yang mengerti dan memahami tujuan dan hakikat penciptaan di atas muka bumi ini..

----------------------------------------------------------

Islam yang datang mengubah umar yang dulunya seorang pengembala kambing di lereng bukit mekah menjadi khalifah yang disegani...islam yang merubah manusia yang dulunya bengis, kejam dan rakus menjadi insan yang menangis di tengah kegelapan malam, zuhud dan tawadhuk...tapi hari ini........manusia mula meninggalkan semula cahaya yang sekian lama wujud untuk memilih hidup dalam kegelapan..agama bukan lagi 1 pegangan..agama hanya di kad pengenalan untuk membezakan sapa ah-chong, sapa ali , sapa sivaraja..islam di kad pengenalan hanya untuk memudahkan pengurusan jenazah..agamawan dan intelektual bukan lagi rakan perjuangan....agamawan dilempar di masjid-masjid untuk tahlil dan talkin mati....anak-anak gadis dan remaja bukan lagi gambaran keagungan umat masa depan..krisis harga diri, maruah dilaporkan saban waktu...manusia kini makin tuli dan kebal dari loceng kebenaran...dan kita hari ini masih terus memilih kompas kekufuran untuk menjadi petunjuk arah hidup..kita merasa bangga dan terus berkubang di dalam lumpur kesesatan..hanyut dalam lautan kemaksiatan yang akhirnya hanyut dibawa arus yang menghantar manusia ke jurang api neraka...

kita masih punya waktu untuk kembali.....selagi nafas belum terhenti selama itu pintu taubat masih terbuka...jadi kenapa neraka yang dipilih?..sepatah kata nabil..lu pikir la sendiri...

~anda mampu mengubahnya~


by : baNgBiLL

4 comments:

Ochie~(^_^)v~ said...

..Salam Ziarah Mijie>>>
InsyaALLAH Ochie mampu mengubahNYA..
Syukran SAhabat..

amu mejie said...

mudahan istiqamah la yerk chie....afwan

~ya Rabb~

Ochie~(^_^)v~ said...

Salam ziarah sekli lagi Mijie...
heheh..
mijie doa kwn2 ochie hrpkn juga ni utk istiqamah...
huhu.. boleh ker mcm tu mijie... hhuhu

amu mejie said...

Asek ziarah jerk...cam sakit dah ku rasa..he..dah ziarah tu bwk la ole-ole lele pape ker...xkn tgn kosong kot..he

~boleh ba kalo ko~