aKu JuGaK MeLayu

10:28 PM at 10:28 PM


.............MeLayu.............

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


by : ~tongkat warrant~

ketiDaKwaRasan Bagiku

12:42 AM at 12:42 AM

keserabutan mula melingkar jiwa.....urat-urat dahi mula merekah..medula oblongata makin tak stabil..serebrum kian senget..sereblum hampir membesar melebihi kepala..mimpi ngeri saban malam...lihaf makin tebal ku rasa bila musim imtehan makin mengasak jiwa..semua pasti tahu musim imtehan tak seindah musim durian moktan..pembahagian harta pusaka dan syair-syair arab mula menghiasi indah lelapku....ngigau tak lagi bahasa melayu....owh peperiksaan!!(dialog remy dlm gila-gila remaja)....jari pon terpaksa direndam air panas semula..memudahkan menulis...cuti yang lama cukup membuatkan jari-jari yang sedikit mulus ini mengeremkan dirinya...lebam rasanya cuti hampir 5 bulan...kitab-kitab yang dulunya berdebu skang dah nipis kulitnya dek kerakusan membaca walaupun paham entah tidak...

garam ku rasa manis...gula ku rasa masin.sebab salah amik bekas garam..ini juga kesan dek musim imtehan ...jintan manis ku rasa gergil...owh peperiksaan...sekali lagi aku bermonolog dalaman....

bagi makhluk yang sespesies keimtehanan dengan aku...doakan la jua buat aku yang masih berpinau mentelaah muqoror yang hampir sekitab..berpinau dek mentelaah atau menipiskan tilam aku sendiri tak pasti...kesegukan kadang buat aku tewas di medan tilam usang milik baba yang kedekut itu...

sekali lagi ku mohon ampun salah silap...silap dah tentu salah...maafkanlah aku andai terkasar bahasa..terlanjur bicara...atas janji yang tak tertunai...kata-kata yang mengguris...makan yang tak disengajakan tapi kenyang... ampunkan dan halalkan segalanya..walau ku tahu korang bukanlah pengeluar cop halal..hanya JAKIM....ampunkanlah jua.....

salam imtehan dari aku untuk kamu....bitaufik wannajah..wannikah bisur'ah..cepatlah lah berzawjah....ya Rabb...


p/s...dilarang memiscol di musim-musim imtehan ni...kerana dikhuatiri yang dimiscol itu terlupa bait-bait yang dihafal dek terkejut dengan kemiscolan itu...sekian

by : bOoDaKscHoOLaH
Justify Full

HaNcuRnya eMpAyaR KruJaan tOoBa

9:50 AM at 9:50 AM

LANGKAWI 22 Dis. – Sebuah jeti yang menjadi nadi utama untuk penduduk Pulau Tuba berulang alik ke Pulau Langkawi, roboh semalam.


Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 malam (waktu orang kampung sedang membuta) itu di sedari oleh penduduk-penduduk kampung yang berada di sekitar kawasan jeti tersebut.

Tinjauan mendapati hanya bumbung dan tiang jeti (nasib baik tinggal jugak bumbung dengan tiang) berkenaan yang kelihatan dan amat berbahaya kerana dikhuatiri jeti tersebut akan terus tenggelam (tenggelam kerajaan boleh buat semula, duit kerajaan banyak) dan menyukarkan penduduk yang sering berulang alik (tak ada keja nak ulang alik,habis duit) ke Pulau Langkawi.

Jeti yang terbabit (cantik jugak kampung aku)


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Pulau Tuba, Mansur Sulaiman berkata, beberapa pengusaha bot yang berada di sekitar jeti tersebut dapat menyelamatkan bot masing-masing.

“Secara tiba-tiba, jeti tersebut terus roboh dan nasib baik mereka sedar dengan cepat dan berjaya memindahkan semua bot-bot yang berada di jeti tersebut.

“Syukur (kalau tau syukur kita pakat pergi masjid selalu la yer) juga kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku”(memang la..waktu 12 malam siapa nak naik bot, buang tebiat la kalau naik) katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, jeti yang dibina pada tahun 2000 dengan kos RM9 juta (ntah betul ntah tidak) sebagai transit mengangkut barang-barang keperluan harian, urusan harian penduduk ke pulau besar dan pengangkutan pelancong.

“Disebabkan jeti ini roboh, semua penduduk terjejas dan kami amat malu kerana para pelancong akan takut datang ke sini kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

Tambahnya, pihak JKKP telah beberapa kali membuat aduan (memang kerajaan tak peduli sangat kampung aku) tentang perkara tersebut, namun tiada tindakan susulan dibuat.

ketua kampung, amu mejie berkata "ala...lama dah aku tengok nak runtuh..kontraktor bangang a.k.a kroni dorang jgk untung, boleh wat lain, selama ni pon bukan kerajaan kisah sangat kampung aku nie..time nak ngundi je pakat turun sekampung..dok sengih2..nak je aku lempang"..

tambahnya lagi..harap-harap la kerajaan buat cepat sikit jeti baru tu..aku nak mancing nanti pon susah..dah la kampung aku tu ibu negeri langkawi.jangan sampai aku wat parti cap tupperware baru kat kampung....sekian

by : DaKtooBa

MaLam pErTaMa yAnG TeRAkHiR

6:52 PM at 6:52 PM




“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.


**********

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.


**********









Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.


**********



“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.


**********



Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.


**********



” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.



by : sEnJa (copyright)

kAsUtKu Di biBiRmu

1:56 AM at 1:56 AM

kenapa kau tak elak??.....macam mana nak elak...buah elak pakcik belum ajar...he...petikan dialog ajis kalo x silap..he...tapi pendekar bush ni lagi dasat...bapak segala mambang..mambang hijau mambang biru air laut....al kisahnya baru ni ada lam brita yang adik pendekar mustar ni..encik bush kena baling kasut lor..hoho lawak pon ada aku nengoknyer..yang sakit ati tuh leh plak dia ngelak..ai...jangan la ngelak lain kali..lama dah aku tunggu saat kasutku di bibirmu nie...tapi yang baling tu pon satu..lain kali wat latihan la dulu...tgk arah angin ke ape ker.kasut lak pastikan yang tumit mencecah kerongkong kalo kena...kalo kasut tumit tinggi sedap sikit la..mau terkuar resdung cik bush kambeng tuh..ades...mana si bush ni blajar ngelak eh..nak kata penah duduk kg pinang sebatang ngn pendekar mustar tak jugak..mungkin selalu dibaling kasut ngan bini dia kat umah agaknya la kan..tu yang cik bush kambeng ni otomatik je terer elak...korang nak tengok korang klik sendiri la lam u-tube tuh....tayep jerk nama bush kambeng nanti naik la video dia bersilat...cuma aku doakan la keselamatan si pembaling tuh..harap-harap dia tak kena wat kerja amal cuci kasut 5 6 taun dah la....ya Rabb....

by : sAbaRuDin TukaNg KaSut...

mEeTuNcLeaRaB

10:25 PM at 10:25 PM

silap matakah atau mata yang silap?........tp kejadian semalam mmg nyaris-nyaris wat aku nak bertukar menjadi super saiya..tp memandangkan aku jenis kategori kenderaan berat di sebelah kiri...x seswai lak rasa..nak ja tukar jadi maginboo....jumaat..12 dec..tempat kejadian kat gomlah..satu stesen yang kebiasaannya aku naik nak ke kaherah...mansurah...dan macam-macam tempat lagi la..tapi semalam aku ke alexandria ataupun nama manjanya iskandariah binti pe ntah.....masa aku kat gomlah aku ada beli something yang berharga 3 geneh duit sini...aku hulur duit seratus...bukan banyak tapi itulah duit yang aku ada..sesapa ingin menderma salurkan sumbangan anda ke rancangan bersamamu mejie..wawa...aku ada tanya sebelum nak bayar tuh.."dey macha..ada duit tukar tak nie??..(setelah dialih ke bahasa aku yang tengah bengang)...dia pon dengan berbekalkan idung mancung boleh wat rak kasut baiknyer dia senyum cam kambeng ckp "adalah macha"....aku pon kasi la....barang 3 geneh jadi bakinya 97 geneh...tak terlintas dan tak terpikir pulak yang kat mesir ni ada david copperfield yang memang fail...masa baki dipulangkan kat aku...kebiasaannya aku akan kira semula..(bab duit ni orang gila pon pandai)....kira-kira tak cukup plak 50 sen a.k.a nus geneh..aku pon minta la lagi 50 sen..(jangan salah anggap dulu...bukan berkira..tapi jangan bagi muka..sok dia geget tinga)...masa aku minta baki aku semula...datang la kawan dia ni..memang strategi terancang betul..dia plak buat kalut gelabah..lebih kurang gini la dioalog dia "haa...pesal-pesal?...aku bilang la elok-elok sama wak arab ni yang aku nak baki...dia pon tarik duit aku nak kira sebab dia takut aku tipu..aku kasi la semula untuk kiraan kedua..sebab takut aku yang salah..kang tak pasal malu-malu unta kat situ..dia sambil kira depan aku satu persatu..pastu memang tak cukup 50 sen(nasib baik betul..fuh!!)...dia pon wat-wat la kalut cam best minta baki lagi kat tokei dia...pastu kiraan semula berlaku..satu persatu dia dok terhegeh-hegeh himar kira duit..aku pon ngangguk jela...dah betul kan dia kira...a ah asyik sekali aku tengok dia kira...dia tnya "cukup?...aku pon aiwa..sony..toshiba ape sume kuar la...dia kasi la kt aku..aku pon tanpa syak wasangka taruk aja terus lam poket yang memang dahagakan wang ringgit..cewah...yang paling best sebelum aku beredar dari situ...arab tadi yang sibuk biawak tuh sempat mendoakn kesejahteraan aku(arab yela kan...muja je lebih..ni nk hangen la ni)...muka punya la suci ala-ala pas mandi guna sabun persil sambil doakan aku....aku pon beredar la...tak sampai 3 4 minit dari kedai..terdetik di hati nak tengok duit aku semula....cabut je duit semula aku dah panik..baju aku mulai pecah-pecah..tandanya aku akan bertukar menjadi hulk jap g...aku kira-kira semula duit aku hilang 40 geneh...mak ngaiiii......dia rembat 4o geneh tuh..banyak tuh leh sara aku seminggu jugak la.bagi korang memang cikit la..tapi di negara ni 40 besau taw..25sen pon boleh bercerai laki bini deme ni lagikan plak 40....dia dapat 4 puluh..aku dapat peluh..aku pon dengan riak muka hangen cam bini tak masak tengahari campur lapar patah balik g kedai...aku beletiaq la kat dia sambil kasi semula duit suh dia kira...dia pon ngan muka tak bersalah lansung kira sambil minta kat tokei tambah balik duit aku lagi 4 puluh tuh.....perghhh!!..lansung tak ada ucapan maaf maupon pesanan lalulintas..dia bagi duit aku semula ngan muka slumber derk jerk..aku pon cam kelu seribu bahasa...aku berlalu camtuh jer dari kedai tanpa sepak terajang...nak sepak camner..bulu kaki dia je dah panjang dari aku..petah lagi kaki dia...dia pulangkan semula duit aku pon da kira bleh bagus la..hampir aku sujud syukur atas jalan tar gomlah tu..tapi kang kena langgar dek tremco..abes duit beli ubat jerk...


Dalam keta aku asyik mikir jerk..camner la dia wat magic tadi haaa..rasa terpukau dengan kiraan tadi..tapi aku rasa tangan dia yang cepat..campur plak aku yang rabun cikit-cikit ni...magic-magic..sebaris dengan david copperfield gayanya...cuma rambut jer keras cam david arumugan..makaseeeehhh!!...sambil menghirup udara berdebu aku masih berpikir tentang tadi..memang Allah gerakkan hati aku untuk kira semula...Allah!!...aku tak pasti sama ada berkat doa kawan-kawan aku sebelum melangkah keluar rumah atau keberkatan solat sunat musafir atau doa kesejahteraan arab magic a.k.a pencopet tadi kat aku yang termakbul??wallahu taala a'lam..........zZzZZzZz.....aku tertido lam keta..aku cuma berharap cepat sampai jer..ZzZzzZzZZ


moral citer : jangan pergi alex dengan mat zul lagi...haha...takdelah..jangan marah eh..kih2...moralnya jangan berlalu pergi camtu jerk kalo terjadi..sepak dulu sedas dua sbb dalam keta nanti mesti anda merancang sambil berkata "kalau la tadi aku smack down..ternyata hanya angan-angan....he..salah tuh..iskh tak baik sepak....moralnya..jangan beli barang bernilai 3 geneh..beli habis seratus..sebab arab tuh dah tak ada baki nak curi lagi...kalo berani try la dia amik duit tokei dia...kalo nak dengar "zikir" maki tanpa melodi...haha...


by : HuLkTuiiH...

kUn fAyaKUuN

12:13 PM at 12:13 PM

Salam…ketemu lagi…kemarin pas raya aku ada nonton filem seberang karya ustaz Haji Yusuf Mansyur dan Hajah Siti Maemunah yang aku sedut dengan tanpa susah payah dari kawan aku..pak lonk..makaseh pak lonk..…berbeda pendekatannya dari filem-filem kita..berbeda pemikirannya dari penerbit2-penerbit kita yang mementingkan pulangan semata…pengisian tak ada…citer melalut plus karut marut..filem ini mengisahkan seoang suami yang hanya keja jual kaca…aku suka dialog suami dia jual kaca ni..aku try2 gak wat x sma pon.... “kaca cermin bingkai..kacanya kaca” korang bacalah sendiri yerk dialog ni versi indon…sang isteri plak surirumah dan 2 orang anak yang sedang membesar…1 kuarga yang miskin dan pegangan pada Allah sangat kuat..walaupon dorang ni miskin tapi tetap memegang prinsip tangan yang di atas lebih mulia dari yang di bawah…kagum…aku tertarik ngan pembukaannya.mukadimah dari ustaz yusuf mansur tadi....katanya “kalau kita sakit kemana kita datang..ke doctor..kalau kita lapar apa yang kita cari..makanan..Allah kareem..hidup kalau kita punya masalah punya hajat ngak kita datang ke Allah..bearti kita tidak mengenal Allah sebagaimana kita mengenal doctor ketika kita sakit…kita tidak mengenal Allah sebagaimana kita mengenal bengkel untuk mobil kita yang rosak”…nah..asyik deh kata-katanya..jadi indon jap...

berbalik soal filem ni tadi…filem ni mengajar kita tentang bagaimana kekuatan doa..bagaimana kepercayaan pada Allah,Allah takkan sia-siakan pengharapan kita…bagaimana ikhtiar seorang hamba mendapatkan pertolongan Allah lalu Allah bimbing sampai dia dapat pertolongan yang dimaksudkan….antara aspek yg ustaz ni terapkan dalam filem ni..tentang ketaatan seorang isteri…kesungguhan suami menyara kluarga..anak-anak yang simpati nasib kuarga..kejiranan yang prihatin…wat sesapa yang hormone nak kawen dia membuak-buak…melimpah kuar kot idung dah tuh aku syorkan tengok-tengok la filem ni yerk…takde makanan kat umah pon bini taat lagi…camner kisah nabi ngan isteri-isteri baginda…takdak makanan tak pernah merungut..berpuasa lagi..doakan suami..bini skang jangan harap sangat la..kalo tak beli barang kemas sampai bahu ke pape ker yang dia minta tak dapat..dia tak packing baju suami dia antar pagar jiran sebelah besar rahmat la...tak pon muka tapei bunting sulung je seminggu dua..…hihi...gurau jela.he..


Sesamala kita saling berpesan yerk..aku maupon korang .. “jagalah Allah supaya Allah menjaga kita…kalau ingin meminta mintalah pada Allah..kalau ingin memohon, mohonlah hanya dariNya yakni Allah SWT”…..tak ada satu pun manusia yang tak ada masalah...kalo pon dia tak punya masalah pasti dia punya keinginan kan…..jadi…mohonlah hanya pada yang Maha Mengabulkan segala permintaan….

Ok…permisi dulu ya ibu-ibu…bapak-bapak.sampai ketemu lagi di lain waktu deh…wassalam…


-Allah mengabulkan doa dalam 1 helaan nafas manusia yang caranya dia luar jangkauan kita….KuNFayAKun-….


By : kAnG sONo



LabBaikALLaHuMmALabBaiK...

5:44 AM at 5:44 AM

7.15 kedengaran takbir semakin rancak dilaungkan umat islam...aku masih kat jalan raya menuju istad..yg mana sudah menjadi rutin tahunan umat islam di tanta bersembahyang kat situ...selautan manusia sudah membanjiri perkarangan istad..aku berasak-asak untuk mendapatkan tempat yang lebih selesa...berbekalkan badan yang bersize XL...aku mencelah tanpa ragu-ragu..inilah padahnya pergi lewat..he..takbir demi takbir dilaungkan mensyukuri nikmat hari kurniaan Allah untuk kita hambaNya.. pas solat, khutbah pulak disampaikan oleh syeikh al-Azhar....walau x bape paham sgt sbb bukan aku punya bahasa kebangsaan tapi aku cuba memahami isi demi isi...dan di antara yang ditekankan dalam isi khutbah tu selain bab pengorbanan...menyeru kepada kita memelihara ukhuwah sesama kita apatah lagi sesama muslim..Rasulullah sendiri bersabda mafhumnya "tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"...jadi...sempena hari raya sama-sama la kita bermaafanlah yerk...aku pon nak ambik kesempatan untuk mohon maaf zahir batin kat kengkorang....maafkanlah aku andai terkasar bahasa..terlanjur kata..tergurau ntahpape...maaf k....sempena raya korban ni banyak lembu-lembu..unta..kambeng mengorbankan diri tanpa rela...banyak sangat korban dibuat kat sini...sampai ada kawan aku yang mabuk darah tengok darah binatang korban ni..nasib dia tak tumbang sama...kita umat islam digalakkan melakukan korban untuk kebaikan dunia akhirat..skop pengorbanan ni besar..korban kasih..korban masa n macam-macam la...tp di hari raya ni khususnya umat islam mengorbankan ternakan cam lembu kambeng n encik unta... di hari akhirat kelak binatang korban ni akan memberi manfaat dalam hitungan amalan nanti...

Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi). Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban) dan pada hari Kiamat kelak, korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang berkorban akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis ada mengungkapkan, orang- orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak antara dia dengan Allah. Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Salah satu caranya dengan berkorban. sebab tu Nabi SAW bersabda bermaksud: Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami (hadis Ibnu Majah dengan sanad sahih).

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" ujar sahabat.

"Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim," jawab Rasulullah.

"Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" tanya sahabat lagi.

"Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)," jawab Rasulullah.

untuk yang melakukan ibadah haji taun ni diharapkan selamat beribadah dan selamat pulang ke tanahair diucapkan..ya RAbb...n wat yang wat korban taun ni..diharapkan korban kita diterima oleh Allah SWT..amin ya RAbb...

sekian.....salam eiduladha dari aku untuk kamu...Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar waLiLLahilham.....

-Saat berderai jatuh titisan airmata IBRAHIM..melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL..di kala itulah bermulanya sejarah agung..ERTI SEBUAH PENGORBANAN-

"berkorban jangan sampai terkorban"..he

by : uNtaEnSem

BaHasa ILaHi

6:04 AM at 6:04 AM

Sunyi…sepi..sakit ati..sendiri..pelbagai emosi bercampur baur bila ditimpa dugaan dan ujian ni kan…kenapa aku?..apa salah aku?..kedengaran soklan-soklan yang seakan menyalah ketentuan di atas ujian tu….jd kali ni aku nk kongsi ngn kengkorang tentang bahasa Ilahi ni..camner kehalusan dan keindahan bahasa Ilahi dalam nk menyedarkan kita sebagai hamba ni khususnya kita manusia yang imannya turun naik ni…kadang kita tewas bila diuji oleh Allah ni…

sedangkan Allah ada berfirman bahawasanya takkan beriman seseorang itu sehinggalah dia diuji…kalo kekuatan hang tuah tu terletak pada huruf “ta” bak kata nujum pak belalang…tapi kelemahan kita plak bermula ngan huruf “ta” ni jgk…Rasulullah juga ada berpesan berhati-hati ngan tiga ta ni…harta…wanita dan takhta..setiap situasi idup kita x penah dpt lari dari diuji 3 menda teras idup ni..x kira la sama ada kita ni student..pekerja am..bos..peon..cikgu..ibu single..suri rumah..x kira sapa pon kita…tewasnya adam dgn pujukan hawa..tenggelamnya qarun dek harta..angkuhnya firaun dgn takhtanya…

Kita plak…dgn harta boleh masam muka dgn sedara..sebab wanita boleh tertubuhnya club chenta luka..ada yg sampai tiruk jambatan p.pinang pon ada.pompuan punya psl tiruk mati tertonggeng…(ala..pompuan pon sama jerk)..he…sebab takhta suap sana rasuah cni sedekah pompuan sana sni…masalah atau ujian ngan diri kita ni ibarat bayang-bayang…kat mn ada kita situ ada dia…sometimes masalah dan ujian dari Allah ni x lebih dari nk mengangkat darjat kemuliaan kita…sapa taw kan…n membuatkan kita jadi lbh bersyukur…sesekali pandang ke bumi x salah kan…bila diuji sesuatu kadang kita tewas..putus asa..lemah…buruk sangka n mcm-mcm emosi yg timbul…

Ni terjadi bilamana sandaran kita pada tuhan tu rapuh…tu yang smpai meraung..meratap..bunuh diri bila dugaan ditimpakan ats kita…jadi meh sesame kita muhasabah diri n pikir-pikirkan…kita dpt lihat betapa cantiknya dan indahnya bahasa Ilahi dengan hambanya…bila kita diuji lagi sesama la kita muhasabah diri kita k…persoalkan diri ……..

KENAPA KITA X DAPAT APA YANG KITA NAK....

Firman Allah SWT : mafhumnya “….dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu…dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..(al-Baqarah)

MENGAPA UJIAN SEBERAT NI ALLAH KASI KAT KITA...

Firman Allah SWT : mafhumnya.."tidaklah diberatkan ke atas kita sesuatu yang kita tidak mampu"Maknanya bila diuji sesuatu maknanya kita mampu…Cuma kita x sedar akan kemampuan kita…

CAMNA HARUS KITA HADAPINYA....

Firman Allah SWT : Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang kusyuk..(al-Baqarah 2:45)

Dan firman Allah lagi.. : mafhumnya wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah SWT supaya kamu mencapai kemenangan(Al Imran : 3:200)

KAT SAPA HARUS KITA DAMBAKAN PENGHARAPAN...

Firman Allah SWT : mafhumnya kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah , cukuplah Allah SWT bagiku, tidak ada tuhan selain dariNya, hanya kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar(At-Taubah 9:
APA SEBENARNYA YANG KITA KECAPI DENGAN DEENUL ISLAM NI…

Firman Allah SWT : “sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka serta harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga, mereka berjuang pada jalan Allah SWT, maka di antara nereka ada yang membunuh serta terbunuh. Balasan syurga adalah sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Taurat dan Injil serta Quran. Dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?. Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan jual beli tersebut ialah kemenangan yang besar.”…(at-taubah 9 : 111)

Cantik dan indah bahasa Ilahi ni…Al-Quran jutaan tahun dulu dah ada.semenjak zaman wahyu lagi Allah da citer ngn kita .ini Allah sayang ngan kita bila diuji….dan jugak kena la sangka baik ngan setiap menda yg berlaku..masakan sesuatu yg terjadi tu tanpa hikmah.Allah tak ciptakan orang gila tu sesajer tanpa hikmah..mungkin kalo dia tak gila, orang lain gila sebab dia…yang pasti tiap yang berlaku tuh ada hikmahnya…Cuma lambat atau cepat jer…bumi mana kan tak ditimpa hujan..setahun kering di mesir pon ada waktu hujannya…ujian da dugaan ni menjadikan kita lebih bersyukur, lebih matang, kental dalam meredah arus hidup ni.akademi kehidupan nilah yang paling mengajar kita tentang hidup…yang memanusiakan manusia…sukatan dalam akademi kehidupan ni dah tentu hanya ujian dan dugaan..aku suka ngan kata-kata hikmah ni…kadang Allah hilangkan sekejap matahari, dan Allah gantikan dengan rebut dan petir, puas kita meratap meraung ke mana perginya matahari,rupa-rupanya Allah nak kasi kita pelangi”

Jadi…andai kita diuji lagi sesama la muhasabah diri kita selalu lah yerk…khususnya jiwa jiwang yang terluka..he…k…ketemu lagi deh..permisi dulu..adious..wslm…chious..

"kalo kita tak dapat apa yang kita suka…kita kena suka apa yang kita dapat"


By : aKutAkGiLa

Kerana Dia Perempuan...Aku Lelaki

11:08 PM at 11:08 PM

Dan Kami wajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau- dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
(surah Luqman : 14,15)

Saban tahun kita khususnya anak-anak menyambut 1 hari yg dinamakan hari ibu bagi meraikan jasa-jasa pengorbanan seorang ibu….ibu…hanya 3 huruf dan sangat simple untuk dipanggil …tapi sedarkah kita di sebalik nama yg simple itu tersimpan seribu jerih payah, kesusahan, kesedihan, hati yang tercalar, jiwa yang pasrah dan rasa yang dipendam di sanubari hanya untuk membeli senyuman suami dan juga anak-anak…asal orang lain bahagia dia sanggup derita….itulah perempuan yang semua manusia di dunia ini ada..mungkin berkhilaf panggilannya…ibu….mak…mama…umi dan sebagainya tapi hakikatnya tetap satu..seorang ibu….melalui prosuder yang sangat payah untuk menempa title ibu…demi nyawa seorang anak,untuk kebanggaan seorang ayah ibu sanggup mengambil risiko melahirkan anak.memberi diri pilihan untuk mati @ hidup..tapi pilihan untuk mati belum cukup untuk menewaskan rasa kasih sayang seorang ibu untuk mengandung dan melahirkan anak…..

Seusia sehari kita dipangku, dibelai, dimanjai, disusu, dididik, dan didodoi ibu…tugas yang hanya mampu dilakukan oleh satu makhluk yang lemah fizikalnya kental jiwanya..tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu dari melihat anaknya membesar dengan sihat di depan matanya…menjadi orang yang berguna pada agama dan juga bangsa..

Sebelum kedatangan islam makhluk yang bernama hawa hanyalah satu barang yang tiada nilai..kegemilangan islam mula mula mengangkat darjat seorang perempuan 3 kali lebih dari seorang lelaki sehingga banyak dalil dari al-Quran, hadith-hadith yang mewajibkan manusia untuk terus berlaku taat kepada ibu, ibu,ibu dan seterusnya bapa…sepertimana Allah berfirman Allah SWT di dalam al Quran :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya” (al Ankabut : 8)

Ayat di atas Allah mewasiatkan kepada manusia supaya menghormati kedua ibu bapa dan taat segala perintah mereka kecualilah perintah itu bertentangan dengan ajaran islam…malangnya hari ini dapat kita lihat antara petanda dunia sudah uzur anak menjadi tuan bagi ibu bapanya…sepak terajang ibu bapa hampir saban hari kita lihat dan dengar…ibu hanya pada nama…

Firman Allah SWT di dalam kitab agungNya…:

“….maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada perkataan yang mulia…”(al Isra’ ayat 23)

Jika mengatakan “ah” sudah memadai untuk menempah murka Allah apatah lagi sepak terajang, maki hamun seorang anak terhadap ibu bapanya…nauzubillah…

Untuk anak-anak yang masih mempunyai ibu di dunia ini pungutlah kembali kasih sayang yang telah hilang dan gembirakanlah dia sebagaimana dia tak pernah membiarkan kita sedih sedari kecil sementara ibu kita masih mempunyai baki nafas di dunia ini….yang pasti keredhaan Allah itu akan hilang bersama kemurkaan ibubapa…..terima kasih ibu…thanks 4 everythings…hanya kerana engkau perempuan …..aku lelaki…

By : anak….

Ku Tunggu Jandamu

11:03 PM at 11:03 PM

Haaa laju jerk klik kalo kena tajuk ni…haha..sesapa yg terklik kt sini mesti nk taw kan nape aku taruk tajuk ku tunggu jandamu..kih2….bkn aku tunggu janda sesapa la…iskh…insyaAllah x la…Cuma aku tertarik ngan tajuk ni sbb bebaru ni aku der dgr ada artis seberang kuar lagu baru. tajuk ni la…ku tunggu jandamu ni…gelak guling aku dgr..kang kuar lak la pasni artis gegurl a.k.a fomfren nyanyi ku tunggu dudamu..nyanyi kuat2 dgr dek isteri jiran kang dia lak nyanyi lagu “kamu tunggu sepakku dulu”…hihi….sbnrnyer aku tertarik nk berkongsi sedikit sebanyak ngn kengkorang mengenai tajuk “Perkahwinan Dalam Islam” ni….mudahan mengubah sedikit sebanyak presepsi kengkorang tentang sebuah institusi perkahwinan ni yg di dalamnya terkandung seribu rahmat dan kebahagiaan…..ya Rabb

Seperti yg selalu kita dgr dari ustaz-ustaz…tok khatib dok khutbah…mak jiran dok citer perkahwinan ni adalah satu keperluan hidup manusia yang mesti dipenuhi n menjadi satu kemestian dan kewajipan la bagi umat Nabi Muhammad S.A.W yg telah cukup syarat-syaratnya agar terselamat dari terjerumus ke lembah kehinaan cam maksiat dll la…yg cukup syarat je taw..x cukup sifat tp cukup syarat haa boleh gak..dun wory…cinta tu rabun jauh..kih2..

Mm cm yg kita sedia taw tujuan sebenar perkahwinan ni bukanlah semata-mata untuk memuaskan nafsu jerk…n bukan sekadar nk pelepas sangap jerk bak kata mat rempit.bahkan perkahwinan ni lebih dari tu…perkahwinan ni berkisar tentang tanggungjawab seorang suami,pengorbanan seorang isteri n banyak sangat la hikmah yg terkandung d sebalik pensyariatan perkahwinan ni..(wah..ni yg den berkobar2 ni)..kih2…
Tp sayang…..ramai di kalangan kita yg berkahwin hari ini tak sedar maksud,tujuan sebenar perkahwinan ni…yg taw.. “alahai omak..kawenkan aku”..itu jer taw..haa ni aku nk emosi sama la ni..hehe….

Haa…meh den nk kobar..kalo kita nak pastikan perkahwinan kita ni jadi satu ibadah, satu sunnah Rasulullah S.A.W yg boleh bwk kita ke jalan ketakwaan, ketaatan yg xde belah bahagi pada Allah SWT ni so kita kena taw la tujuan n hikmah perkahwinan ni..orang gila pon diciptakan ada hikmah kan..mngkin kalo dia x gila orang lain lak gila tengok dia..hihi..jadi aku nk citer la cikit sebanyak hikmah2nya……

Pertama2…perkahwinan ni adalah satu penghubung pd kita untuk mendekatkan diri pada Allah SWT ni…jd setiap perbuatan kita ni kan mesti ler kena ada tulus ikhlas n mengharap keredhaan Allah semata..mengelakkn kita jugak dari maksiat n dekat dgn Allah..sedey jgk la kan banyak sgt rini kita leh tgk ank yatim piano…kalo yatim piatu ada mak ayah tp meninggal slh sorg..yatim piano ni lain ckit...lahir mak je ada(tu pon nasib la kalo mak dia x buang dia kt kandang kambeng)… bapak lak lari ar pe lagi…nauzubillah..rs cam nk hempuk je bapak dia ngn piano tuh…

Balik semula bab td..kita lupakan jap kes bapakku sazali tuh…bab perkahwinan ni mendekatkan dirri pada Allah…Rasulullah ada bersabda :

“maksudnya :Dua rakaat solat yang dilakukan oleh orang yang telah berkahwin lebih afdhal daripada tujuh puluh rakaat yang didirikan oleh orang bujang.” (riwayat Abu Hurairah r.a) (hadits riwayat Ibn Adi)

Besar kan fadhilat ibadah orang dah kawen ni…sbb bilamana seseorang tuh kawen dia akan merasai kelapangan pemikiran..hati tetap, jiwa pasak dalam nk wat urusan ibadah ni.baru sedap nak gembleng kekuatan pasak keilmuan ni.sbb tuntutan batinnya telah dipenuhi dan disalurkan di jalan yg halal…kalo barang letrik kira yg dicop sirim la…sah la.beribadah ati pon senang sbb syaitan ni mmg selalu dorong kita2 ni melakukankan maksiat n dosa..kalo kita dah kawen syaitan plak la yg sangap..kih2..

Ehem…sebagai seorang yg bergelar suami plak..ehem…(akulah suami itu..pasan)..hihi…kita akan menempuh pelbagai ujian dlm mencari sesuap rezeki yg halal ataupon dlm ertikata lain bg nafkah la tuk anak2..mak anak..kalo dapat jns mata pound sterling tebal cikit la nafkahnyer…nauzubillah….kalo dpt isteri cam tuh selalu la sebut dpn isteri yerk.. “aku kan suami”(baca versi iklan digi)..he…kalo jenis x phm jugak selalu ingatkn dia size kasut anda…3 kali sari yerk.insyaAllah dia x demand sgt nnti…hehe…aku main2 jer..kang mrh lak fomfren kt aku…Haa…untuk suami jgn gusar2 lor…setiap nafkah yg kita(eceh kita lak) beri pada isteri dikira sebagai ibadat jgk n dpt ganjarannya…sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud

“sesungguhnya apa jua nafkah yang engkau berikan dengan harapan memperolehi keredhaan Allah SWT,pasti engkau akan mendapat pahalanya bahkan apa jua yang engkau suapkan ke mulut isterimu”…(hadith riwayat Bukhari wal Muslim)

sesiapa yang membiayai penghidupannya sendiri tanpa meminta sedekah, itu adalah sedekah dan sesiapa yang membiayai anak, isteri dan ahli keluargnya juga adalah sedekah.” (hadits riwayat At Tabrani)

Nampak kan cantiknyer islam ni..wat itu pahala wat ini pahala..tp ingat..jgn berharap pada syurga..dia pon makhluk..tp pohonlah keredhaan Allah yerk..Ehem…..so..chaiyok2 suami..gembleng nafkah,pasak duit bulan kasi kt isteri2..(wah suka la kaum deme)….

Besar skop ibadah sebenarnya….setiap menda yg kita wat asalkan bertunjangkan keikhlasan pada Allah SWT insyaAllah akn dikira pahala n diterima sebagai ibadah..cmtuh gak kalo kawen ikhlas kerana Allah SWT..bahkan Rasulullah SAW ada menyatakan dlm satu hadits mengenai orang yang dah berkawen tu sempurna separuh agamanya

Maksudnya : “apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya.oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi.” (hadits riwayat Al Baihaqi)

Ibn Abbas ada berkata gak : “hendaklah kamu beristeri kerana sehari kamu hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah”….

Besar hikmah perkahwinan ni yerk…..pas baca jgn lak terus tipon mak nk kawen..he..
Td yg pertama kan…yg kedua2nya plak perkahwinan ni memelihara maruah diri dari wat perkara-perkara maksiat ni…aiyork dosa lor…ssh zmn skrang nk cari ank dara ..hmm..dah jd cam trend dah skrg…kalo msh ada dara dikira aib la lam zmn serba canggih ni..aku pon x phm la kengkadang…sepatah kwn aku de kata ..skarang ni baik nikah janda,dah compem janda..nikah ank dara belum tentu daranya..kalo kwn aku leh ckp cmtuh mmg kritikal la..he..iskh2…x sian ker kat suami dorang sok kalo dapat yg second hand…bayar harga baru…barang second…bab harga ni nk je aku bahas panjang2…mana taknya..anak stok lulus UPSR je pon kat seploh hibu..

wohoo…alasan barang naik…gas naik…sok aku suh anak dia msk pakai dapur arang baru taw..hihi…mcm la kalo dia taruk seploh hibu barang kt pasaran leh jadi murah…aku beli tomato 5 hengget dia pon 5 hengget gak..x phm laa…ni yg wat perkahwinan jd susah.sampai ada wat pinjaman sana sini sbb nk kawen jerk..kalo anak lawa cam siti nurhaliza tu x kisah la sgt..ni ala2 siti nurhalipan pon bapak demandnye..tu blom yg balik oversea bwk degree lagi..mau terkoyak poket ayah.(ni yg jns ayah sponsor la)..hihi…kalo seploh hibu la kan…mau seploh kali ghaya aku x bwk balik umah pak mertua…repeat balik la..sapa soh mata pound sterling…kalo mata L.E ok la gak…hehe…(acah jerk)….ampunkan sazali bapak..Jd……untuk memelihara maruah diri dari wat menda2 parpu maksiat ni perkahwinan ni lah jalan terbaik.bagi masyarakat yg tak menjadikan syariat perkahwinan ni satu jalan penyelesaian dalam nk menyelesaikan permasalahan social yg kian mengganas skang ni ataupon dok wat payah org nak menikah tunggu la akibat yg maha dasyat mcm yg jd skang ni cam jenayah zina n bercambah2 ank yatim piano ni…banyak sgt dalil2 yg menggalakkan kita untuk kawen….Rasulullah ada bersabda di dlm satu hadits..

Maksudnya : “wahai golongan pemuda!...barangsiapa di kalangan kamu yang telah mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin itu akan lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu adalah pelindung baginya.” (hadith riwayat Bukhari wal Muslim)

Imam Al Qurtubi ada berkata : “ orang bujang yang sudah mampu berkahwin dan takut diri dan agamanya menjadi rosak sedangkan tiada jalan lain untuk menyelamatkan dirinya melainkan dengan jalan berkahwin , maka tidak ada perselisihan pendapat tentang wajibnya dia berkahwin. Jika nafsunya yang mendesak sedangkan dia tidak mampu membelanjai isterinya, maka Allah akan melapangkan rezekinya”..

Haa…sapa yg rasa dah takleh tahan nafsu dia..dan dia mampu, kawin la..kdg kita ni gak yg wat susah..dah pak mertua kasi murah pikir panjang lg…xleh tumpu study la..susah komitmen jd isteri la..ada isteri kwn aku dulu nyaris tak nak kawen sbb kawan2 dia racun pemikiran kawen waktu study ni begitu begini.padahal kawan dia tu pon bukan janda.ank dara jugak.mungkin mak dia x kasi dia kawen.dia pon x mau tgk kawan dia kawen kot..sok susah cari ahli bet baru..iskh x baiknyer su’u zhon yerk..tp cam terer je komen orang dah kawen..he..mana punya teori kaduk ntah dia kawan dia pakai..

nasib la Allah dah buka ati isteri kwn aku tuh..kawen jugak..kdg tuh kita piker jauh sgt,menda 40 taun akn dtg nuh dah siap mikir..bkn x leh plan…tp pada2 gak la… pikir rezeki la…sok ada anak susah la..x cukup makan la...pampers anak pon sekeping bape dah skang…ish2...mcm la rezki tu dia yg tentu…orang kafir pon Allah x penah lupa kasi makan..lg plak kita ni muslim…tiap anak yg lahir tuh ada dah bahagian rezki dia…dah tertulis pon…kalo kita mati pon anak tu tetap bleh makan sebab dah termaktub rezki, jodoh maut dia..isteri dah tertulis rezki dia..kita pon ada rezki kita sendiri..lahir anak pon dah ada rezki dia…jadi…sekarang 3 rezki berkongsi bawah satu bumbung..kan cantik perancangan Allah tuh.tu kalo 3,kalo anak seploh sorang bini, kali 4 isteri waaa….melimpah ruah rejki tuh..tp sah2 bini x stuju..bunyi pon ckup la sekodar..he...nikah je taw..sandaran ngan tuhan xde…jd cmtuh la….ni kira aku kata kat aku sekali la….huhu

Yg ketiga lak…..perkahwinan ni dapat memenuhi tuntutan fitrah semulajadi manusia..perkahwinan ni kan satu menda fitrah semulajadi manusia..yg tengah baca ni x ngaku fitrah saje sgt la..kalo x xkn nk baca..he…..perkahwinan ni seumpama fitrah kita makan minum rehat n sebagainya la yg mesti dipenuhi n mesti ada..setinggi mana pon darjat manusia disisi Allah SWT ni tidak lepas jgk menunaikan fitrah perkahwinan ni..contohnya..Nabi kita Saidina Muhammad S.A.W juga kawen dan ada zuriat..kisah Adam dan Hawa pon dah memadai untuk membuktikan hakikat fitrah ni..bahkan kita tengok balik kisah pembunuhan yg pertama berlaku dimuka bumi ni,antara Qabil dan Habil juga de kaitan dengan tuntutan fitrah semulajadi manusia…kita jugak kena ingat tanpa perkahwinan masakan kita wujud pada hari ini sebagai hamba dan jugak khalifah Allah SWT….

Keempat lak…..perkahwinan ni membolehkan naluri seksual disalurkan ke tempat yang halal...naluri seks ni atau keinginan kat spesies berlainan jantina ni adalah satu anugerah yg memang sape pon xleh nafi…orang buta pon ada anak ye x…naluri ni dianugerahkan kepada semua makhluk yang hidup di muka bumi ini demi menjamin kelansungan generasi makhluk terdahulu…kalo xde kat sume pakat x kenal kambeng la kita skang..sbb pupus la kalo deme ni x de nafsu.. kambeng pon de gak nafsu.. petah lagi manusia yg ensem dari encik kambeng itu…tp kena ingat taw..encik kambeng kalo berbuat baik macam mana pon tetap xkan jd manusia cthnya cam g antar kuih pada jiran2, sapu sampah halaman umah kita dan lain2 lagi kebaikan yg dibuat2 oleh beliau….tp kita manusia kalo wat jahat bleh jadi lebih hina dari encik kambeng tersebut…sekadar renungan encik perangai kambeng..

Naluri ni tuan-tuan..cewah..cam dr ismail thamby jerk…naluri seks ni tuan-tuan dan fuan-fuan merupakan naluri yang paling kuat dan keras menuntut jalan keluar. Sekiranya jalan keluar tidak ditemui dan disekat, ia boleh mengganggu emosi dan fikiran.akibatnya mendorong manusia itu menjadi lebih hina dari encik kambeng tadi dgn berbuat maksiat yg mana encik kambeng pon taktaw ape makna maksiat tu….

Jadi dengan perkahwinan kita dapat menyalurkan naluri seks ke jalan yang betul dan diredhai oleh Allah SWT… jiwa,emosi dan fikiran kita pon jd lebih terkawal dan berkembang dengan sihat.mata pon x lebam dok tengok anak dara orang..menundukkan pandangan dari tengok menda2 haram…xkisah la tunduk pandangan sebab bini cubit ker..bini ugut suh tido luar ker..iskh nauzubillah…asalkan ada sbb untuk dia elak tengok menda haram ni…..haaa…betul la kan..bila kawen ada bini..ada bini adalah cubit..ada cubit xdelah tengok lagi menda haram…teori tuh…he…plak tuh..perasaan orang yang dah berkahwin ni tenang setenang air d kali..cewah…sebab dapat menikmati sesuatu yang dihalalkan oleh agama.

Firman Allah SWT : “ Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, Dia menciptakan bagi kamu pasangan dari dirimu sendiri agar kamu hidup tenang bersamanya, cinta kasih sesama kamu.Sesungguhnya yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kamu yang berfikir.”…-Ar Rum-ayat 21

Yg kelima lak…perkahwinan ni adalah jalan terbaik untuk menjaga keturunan..x kisah la keturunan jebat ke hang buah ker..menjaga kemuliaan keturunan adalah satu perkara yg amat dituntut oleh agama.sebab tu islam menyarankan kepada penganutnya cam kita ni supaya memilih pasangan masing-masing dari kalangan orang-orang yg baik keturunannya.awal2 permulaan dalam menentukan pilihan isteri atau suami pon islam dah bagi garis panduan….molek sungguh…xde istilah memilih cam orang selalu cakap “mak aih..muka sendiri pecah kawah pon hang milih lg noh”…kita diciptakan dengan pilihan..ada neraka..ada syurga..ada baik ada buruk…so pilih la…sebab nk kawen ni bkn sari dua…kalo boleh bercerai mati la bak kata pak meon…perkahwinan ni seumur hidup sekali(bagi fomfren la, laki 4 kali)ngeh2…perlu untuk kita memilih rahim yg baik tuk kita semaikan benih supaya anak2 yg lahir sok xde la perangai cam puaka nyang rapik.pilih rahim yang baik yerk…bukan tersalah pilih encik rahim yg gebu jd bini…skang ni encik rahim jd rahimah pon banyak..mm cmtuh gak sebaliknya kaum prompren ni…kena pilih baik2…jgn main bedal jerk…bunyi pon “yela dari xde”..demi kelansungan generasi akan datang perlu pilih….

nak pastikan pokok subur pon kena cari tanah yg baik kan…ni plak tanam zuriat…nanti xdelah dgr cam lam melodi zass tu nangis meratap dpt laki x sedar diri..jns stok wat keja x ingat neraka lnsung. Selalu jwpn artis..well..xde jodoh kan..ceit…islam dah gariskan awl2 lg xnak dgr…lari sekulah g audition…ringkasnya kemuliaan keturunan merupakan satu perkara yg amat dititik beratkan oleh agama…jadi dengan perkahwinan ni la kita leh jadikan sempadan diri dari terjebak dengan maksiat yg mana dgn maksiat tuh boleh menghasilkan ank luar nikah…bkn luar negeri…luar nikah diulangi….keturunan yang berasal daripada jalan yang tidak halal…kira jalan yg x sah la..xde cop sirim kadi…keturunan tu akan meneruskan tradisi kejahatan bapak dia bahkan lebih teruk daripada tuh..bak kata pepatah “ayah kencing berdiri, anak kencing berlari, cucu lari berganti-ganti,cicit lari 400 meter berpagar”…sepatah kata nabil….ar lu pikir la sendiri…Keenam lak….perkahwinan ni dapat menjamin kesihatan individu dan masyarakat…kalo laki dpt lelah sbb bini berleter tuh lain la…x masuk pon under tajuk ni…tp ok per…isteri kan insan lemah..dia pon penat wat itu wat ini jd xde tempat nak luahkan penat dia tuh…nk tumbuk dinding x larat..jd dia nk bebel la jap..ala…suami pon zass jela…layan jela yerk…kalo x benti2 beleter…cuba beleter balik kat dia…kalo boleh dgn nada yg tggi ckit…kang dia stop la..hihi…xdelah aku gurau jerk…berbalik pada perkahwinan menjamin kesihatan individu dan masyarakat td..perkahwinan boleh mencegah seseorang tu dari wat zina yg boleh mengakibatkan pelbagai pnyakit kronik cam AIDS, siflis, muflis la pela….orang yg melakukan zina ni juga akan mengalami masalah kesihatan mental, rohani dan jasmani n bleh wat jiwa kacau,resah gelisah dan x tenteram kerana dihantui rasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

ada 7 golongan manusia,ALLAH tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan ALLAH berfirman kepada mereka : “masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.” 7 golongan tersebut ialah :

1-orang yang melakukan homoseks
2-orang yang melakukan kahwin tangan a.k.a onani
3-orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang
4-orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur(liwat)
5-orang yang berkahwin antara ibu dan anak
6-orang yang berzina dengan isteri jirannya
7-orang yang menggangu jirannya.”
(riwayat At Tabrani)\

Rasulullah S.A.W ada bersabda lagi maksudnya :

apabila kejahatan berlaku ke atas sesuatu kaum secara terang-terangan, kaum itu pasti akan ditimpa bala dan wabak iaitu penyakit yang belum terjadi kepada kaum yang terdahulu.”

Nah….natijahnya skarang kita boleh lihat adanya penyakit2 yg dulu x de lam kamus doktor2 ni..skang dah ada…nauzubillahi min zalik……

Ketujuh lak….yg ni menyentuh naluri kebapaan aku sikit…eceh…doa la…perkahwinan mencetuskan naluri keibubapaan dan kasih sayang terhadap anak-anak..semua da taw kan..pas kawen jek mesti nak der anak..kadang x sempat pikir pon tetiba bini ngadu dah pening..bwekkk sana bwekk sini….ngandung daaa..bakal dpt zuriat.tu x sempat pikir tuh..he...berkaitan dengan tu..akan timbul lah nanti rasa kasih sayang terhadap zuriat yang bakal dilahirkan tu…dari zuriat dalam perut lagi dah timbul kasihkan anak..

sampai ada kes bakal ayah ni sanggup g Alexandria a.k.a iskandariah g beli mcD sbb isteri ngidam…g beli bkn sbb bini nk makan, tapi sbb bini bgtaw ank lam perut yg order..kalo isteri x ngandung dok manja nk makan mcD,suh laki g beli agak2 nk g x??...hehe…umah lak jauh…jwpannya mesti la pergi…cewah…yeye o jerk…tp awal2 kawen jela yerk…kih2…pastu sendiri mau hengat la…hehehehe…..nak jugak bleh…tp mcDOLAH jela..wiwiwi…bila dah ada zuriat plak kasih sayang antara suami isteri akan bertambah dari hari ke hari..suami akan merasakan dirinya bertanggjawab melindungi kluarganya dan mulalah menggembleng nafkah untuk membesarkan anak2 dan mak anak di atas landasan agama supaya jd anak soleh dan solehah……p/s..setakat nama soleh je x kira ank soleh yerk…

Ke lapang bak kata orang ganu….perkahwinan ni bertujuan mendapat zuriat yang halal.dengan berkahwin ni la kita dapat menghasilkan zuriat dengan kehendak Allah la..zuriat yang halal sebagai pewaris kepada generasi akan datang dan sebagai satu bentuk rezki daripada Allah SWT. Zuriat yang soleh solehah dah tentu menjadi idaman bagi setiap insan terutama bagi pasangan yg berkahwin.sbb yg blum kawen ni berangan je la lebey…huahua…agar anak2 yang dilahirkan membantu mereka ketika berada di satu alam yang tidak bermanfaat lagi Mercedes,BMW,pangkat Dato’ Datin,Dr, PM,anak2 yang berlori2..melainkan dengan doa dan amalan soleh yang dilakukan masa bernafas dulu dan kebaikan2 anak-anak mereka. Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya : “apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara :sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (hadith riwayat Muslim)

Allah SWT berfirman : maksudnya “Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik, maka mengapakah kamu beriman kepada yang batil,” (An Nahl, ayat 72)

Dan Rasulullah S.A.W ada bersabda lagi maksudnya : “Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan, maka sesungguhnya aku berbangga apabila melihat umatku paling ramai jumlahnya pada hari kiamat.” (hadith riwayat Al Baihaqi)


Haa…berdasarkan pada firman Allah SWT td….dengan hadith2 daripada Nabi kita bleh lihat betapa islam tu cukup jaga dari segala segi….dari mula nk kawen…soal nk memilih soal nk meminang soal dah kawen sume cukup sifat cukup rasa…untuk kesenangan kita gak nanti..yela..dok kubur dah la sensorang,,mmg la masa kawen dulu suami ada janji sehidup semati..last bini mati dia x jugak…x sempat pon rumput tumbuh kat kubur bini dah nikah lain…plak tu jns bini pesan sbelum mati “bang,kalo ye pon nak kawen lagi nnti tggu la rumput kat kubur ayang tumbuh dulu yerk”….pagi petang dia g siram kubur bini dia…nsb x taruk baja jerk..haa dah dok kubur sensorang,xleh lagi dah nk wat amal pape..yang tinggal amalan soleh masa hidup..n doa anak-anak soleh jela…

doa-doa ni la sebagai bekalan ibubapa sok kat alam yg mana sume menda x berguna dah…tanah 40 relung pon x jd guna dah…tanah depan masjid jugak dia pot….jadi sesame la kita renung2kan yerk…sekali ngn aku la ni…..comei ke ensem ke x cukup inci ke cam aku ni ke letak no 2…agama 1st yerk..tp kalo dah la comei, solehah lak tuh…kira bonus la…bleh la nk tumbang lembu 4 5 ekor…x kisah den…hihi….memandangkan jariku dah mula mengerem aku nk stop dulu topic ni kat cni yerk…wat sesapa terasa hati,hati- hati la..mungkin anda akan berkahwin x lama lg…xde kena mengena lansung..wakaka…xdelah..wat yg terasa hati…minta mahap la yerk…saja ja nk kongsi2 ngan hampa….k tumpang lalu na…nk berundur diri dulu (iskh sopannya,menantu sapa la ni)…wawiwawi…..k adious,gracias..chious..nyit2…assalamualaikum….


p/s : buat pak mertuaku yang sedang membaca ini…minta kurang cikit yerk..ala…megasales la ckit yerk…kalo nk mahal leh..bak la duit cikit..kui3…-yg benar….menantumu yg x dapat zakat taun ni-

by : kUbuKAnDudaMu